#1
Salam sejahtera buat semua.
Alhamdulillah. Baru selesai hadam buku Panduan Bisnes Mudah.My karya Umar Taib. Memang best. Banyak maklumat yang sangat berguna. Walaupun bukunya agak nipis, hanya setebal 110 halaman, dan bertulisan kecil pula, tapi maklumat yang dikongsi sangat padat. Straight the poin. Tak ada pusing-pusing. Kita baca terus kita faham. Terus boleh praktik apa yang penulis kongsikan. Tahniah.
Apa itu Mudah.My?. Mungkin ada yang terkebil-kebil. Tertanya-tanya. Yalah pertama kali dengar mungkin. Tapi bagi yang biasa berbisnes online, atau mencari barang jualan di internet, Mudah.My tidak asing lagi. Mudah.My ibarat lubuk kepada mereka. Lubuk buat duit. Juga lubuk dapat cari macam-macam barang. Dengan kata lain, Mudah.My laman jual beli yang paling menjadi fenomena di negara kita sekarang.
Kalau nak tahu, Mudah.My laman web tempatan paling popular di Malaysia. Dalam carta Alexa, laman web ini menduduki carta ke 9, dipintas satu anak tangga oleh Maybank2u, juga laman web tempatan yang menduduki tangga ke 8. Lebih menarik, semua laman web dari carta pertama hingga ke 10 laman web dari luar negara. (Carta terkini pada Mei 2014)
Ok. Oleh kerana Mudah.My begitu popular, berjuta trafik masuk setiap bulan, jadi ini satu peluang kita buat duit. Buat duit dengan cara iklankan apa saja barang yang kita jual ataupun apa saja perkhidmatan yang kita tawarkan . Namun dalam ramai-ramai pengiklan yang tersenyum duit berkepuk masuk poket setiap bulan, ramai juga yang tepuk dahi dan mengeluh panjang bila iklan yang diletakkan dalam Mudah.My ibarat hidup segan mati tak mahu. Respon menyedihkan. Pelawat hanya melihat iklan kita saja. dan kemudian blah tanpa apa-apa tindakan. Tiada tindakan bermakna tiadalah duit masyuk (Disesuaikan dengan cara sebutan). Silapnya kita hanya main letak iklan tanpa ilmu pemasaran yang betul.
Inilah yang saya nak kongsi pasal buku ni.
Mana ulasan bukunya, kawan. Sorilah berpusing-pusing sikit. Macam tak best jer kalau terus citer pasal buku. Bagi warming up dulu.
Panduan Bisnes Mudah.My
Berbalik cerita buku Panduan Mudah.My, saya amat menyarankan kepada sesiapa yang berniaga online, dapatkan buku ni di pasaran segera sebelum stok habis. Tak mahal. Cuma RM10 saja. Rokok pun dah lebih RM10 sekotak. Lagi mahal dan membazir pula. Dengan hanya RM10, mana tahu pulangan bisnes kita meletup-letup lepas ni.
Penulis membahagikan kandungan buku kepada 17 bab. Bab 1 dan bab 2 penulis mengajak kita berkenalan dengan Mudah.My dulu. Bab ke 3 hingga bab ke 6, penulis menerangkan bagaimana hendak mendaftar dengan Mudah.My khususnya untuk akaun Pro Niaga. Termasuk cara untuk letakkan iklan di laman web ini. Cuma masuk bab ke 7 saja kita diajar cara masukkan tajuk dan kandungan iklan secara berkesan. Ini saya rasa bahagian yang paling penting sekali. Silap langkah, kita saja yang jadi pelawat setia iklan kita kelak.
Ramai yang buat acuh tak acuh masukkan iklan. Sekadar meletakkan gambar produk dan sedikit info bagai melepaskan lelah di tangga. Bila respon slow macam labi-labi, kita jadi tertanya-tanya sebab apa yer. Harga kita mahal ke. Produk kita tak bagus ke. Atau iklan kita tak mesra alam ker. Jangan bimbang. Sebab tu saya sarankan beli aje buku Panduan Bisnes Mudah.My. Daripada tergaru-garu kepala hingga rambut berguguran jatuh ke riba, dan terus tertanya-tanya apa dosa saya oi Mudah, ada baiknya dapatkan ilmu sebenar iklan di Mudah.My dari buku ni.
Dalam bab ini, penulis bagi 7 langkah maha penting supaya iklan kita jadi berkuasa bagai magnet, pelawat tertarik dan terus memesan produk daripada kita. Apa dia, iklan kita kena lengkap, tulis kelebihan produk kita, bina kredibiliti, bagi waranti, bukti keberkesanan produk, tawarkan apa-apa saja yang percuma dan akhir sekali menarik pelanggan supaya mengambil tindakan. Insyaallah, jangan terkejut iklan kita boleh meletup bagai periuk api lepas ni.
Bab-bab seterusnya penulis hanya menerangkan hal-hal teknikal seperti cara uruskan iklan di bab ke 8. Cuma pada bab ke 9, kita kena tahu serba sedikit terma dan syarat di Mudah.My. Takut timbul masalah di lain hari. Jangan main serbu jer. Masuk rumah orang bagilah dulu salamkan. Barulah tuan rumah sambut kita dengan senyum manis.
Bab ke 12 penting juga. Penulis terangkan bagaimana cara bagi nampak gambar kita profesional. Gambar yang boleh menjual. Sebabnya, kalau gambar kita baik, jualan kita boleh meningkat sehingga 300%. Banyak tu. Saya sendiri pun tak tahu. Dah baca buku ni baru tahu.
Pada bab ke 15, ada rahsia penulis nak kongsi. Kita rasa dengan satu produk kita dah boleh buat untung. Tapi dengan satu produk juga, kita boleh untung berganda. Nak tahu macam mana nak dapat untung lebih. Kenalah beli buku ni.
Satu lagi bab yang bagus dalam buku Panduan Bisnes Mudah.My, penulis terangkan cara pilih produk dan service. Ini bagi yang tengah pening-pening lalat tak tahu nak jual apa dekat Mudah.My. Dengan sedikit motivasi dan panduan dari bab ke 14 ni, harap kita jelas apa benda nak dijual lepas ni. Jangan jual lalat sudahlah. Hehehe... Cukuplah kita je yang pening-pening lalat.
Oklah. Kepada penulis buku Panduan Bisnes Mudah.My , saya bagi 4 bintang dari 5 bintang. Dah 2 kali saya baca. Puas hati. Dengan cover buku yang menarik, saiz kecil yang senang diusung ke sana ke mari, ayat yang jelas dan senang dihadam tanpa ada ayat cintan cintun yang membelai jiwa, dan yang lebih penting hanya bermodalkan RM10, modal yang sama untuk hanya 3 ketul berger, rasa saya inilah antara buku bisnes terbaik yang perlu kita ada dalam senarai koleksi.
Tahniah kepada Umar Taib, penulis buku Panduan Mudah.My.
Penilaian : 4****
------------------------
Shafizu
Online Book Dealer
1 ulasan:
Ada lagi buku dalam senarai bedah buku. Tunggu yup.
Catat Ulasan