Khamis, 1 Mei 2014

Kenali 6 Penyakit Ketagih Buku

Salam buat semua.

Sebut pasal ketagih, kita selalu fikir ketagih ni ada sangkut paut dengan benda-benda tak baik. Benda-benda lagha. Kalau dia tu kaki mabuk, dia tentu ketagih arak. Kalau kaki judi, dia tentu ketagih main nombor. Kalau kaki perempuan, paham-pahamlah. Tebuk "mahkota" perempuan lah kerjanya. Lagi lah ketagih. Paling tidak pun, kalau yang lagha sikit, mungkin dia kaki internet. Tentulah dia ketagih main game ke, layan facebook ker.

Oklah. Tapi jangan terkejut pulak. Buku pun ada kaki jugak. Jadilah ketagih buku. Abang sikit pada ulat buku. Dalam bahasa saintifiknya disebut biblioholik. Yang lebih teruk, dari buku, timbul macam-macam penyakit. Penyakit-penyakit pelik yang bila kita dengarpun rasa macam nak gelak jer. 


ilustrasi : pinjam http://oranghebatmelebat.blogspot.com


Jom kita berkenalan dengan si biblioholik ni.


 6 Penyakit Ketagih Buku

1. Bibliofil (cinta buku).
Beli buku untuk baca, tapi dalam masa yang sama dia suka buat koleksi. Bukan sikit-sikit tapi dalam jumlah yang tak tercapai dek akal.

2.  Bibliomania (gila buku).
Beli buku bukan untuk baca tapi saja-saja buat koleksi.Dia rasa teruja yang amat bila tengok koleksi buku dia menimbun-nimbun banyaknya.

3. Bibliotaf (bibliotaph).
Bukan setakat baca, buat koleksi tapi sampai sanggup dia minta bukunya dikuburkan sekali dengan dirinya bila dia meninggal dunia kelak. Sebab dia percaya masa depan manusia akan selamat jika sekiranya bukunya turut selamat dari dieksploitasi oleh pemerintah masa tu.

4. Bibliokas (bibliocast).
Penyakit ni lain sikit. Dia suka membaca tapi dalam masa  yang sama dia lagi suka bagi buku hancur. Samaada dia hancur kasi lumat, ataupun dia koyak sikit-sikit. Kalau kita pun ada perangai macam ni, bila ke perpustakaan, suka koyak mana-mana halaman yang menarik, ada la tu tanda-tanda kita seorang bibliokas.

5. Biblionarsisis (biblionarcissist)
Penyakit ni paling ramai penghidap. Kalau anda penggemar buku, mungkin tanpa sedar anda juga seorang biblionarsisis. Kalau tak langsung, mungkin kena sipi-sipi. Biblionarsisis ni gemar buat koleksi buku : ensiklopedia yang diletak dalam almari khusus. Tujuannya satu. Dia nak bergaya dan berlagak dengan koleksi bukunya yang banyak dan canggih manggih tu.

6. Bibliofagi (Bibliophagy). 
 Dalam ramai-ramai biblioholik, ini yang paling teruk sekali. Setakat baca oklah. Ini sanggup dimakan sekali buku tu. Tak ke gila namanya. Mungkin dia tengok buku tu gebu dan lazat macam Pizza Hut mana tau. Tapi jangan terkejut kalau ada orang sanggup lakukan benda tak masuk akal ni. Buku yang dia rasa bagus tu dia bakar, abu dari buku tu dia campur dalam minuman dan dia minum air tu dengan harapan ilmu dalam buku tu resap terus dalam otak. Macam-macam lah.


Oklah. Kalau anda seorang ulat buku, jadilah ulat buku yang bagus. Teruskan. Itu bagus. Tapi janganlah  ketagih sampai jadi biblioholik pulak. Susah nak cari ubat tu.


------------------------
Shafizu
Online Book Dealer

Tiada ulasan: