Jumaat, 9 Mei 2014

Kisahku Si Penggila Buku

Salam sejahtera buat semua.

 Saya memang penggila buku. Tapi belum sampai ke tahap kronik. Bukan ketagih hingga dilabel bibliomania kerana saya juga ulat buku. Juga bukan seorang bibliofil walaupun buku yang dibeli saya buat koleksi. Tapi tak sampai menimbun bergunung-gunung yang selayaknya kepada seorang bibliofil. Mungkin adik sikit kepada bibliofil. Tapi tak juga. Sebab buku koleksi saya cuma ada beberapa ketul jer.  Kiranya taraf bayi sikit kepada bibliofil gamaknya. Hehehe..... 
 


Saya masih terfikir saat bila masa saya jadi penggila buku. Bukan setakat ulat buku, bahkan banyak juga buku saya buat koleksi. Mungkin kerana saraf membaca dalam diri saya mengalir tanpa terjangka. Hari-hari mau baca. Takpun kalau seminggu tak baca apa-apa, rasa macam dunia saya sepi. 

Kerana itu, kemana-mana saya mengheret kaki, buku jadi teman setia. Balik kampung, buku juga jadi teman pengiring. Bahkan ke pejabat pos pun saya kelek buku sama. Teman berbual saya sambil menunggu giliran dipanggil. Begitu setianya saya dengan teman bernama buku.




 
Majalah Misteri

Dulu, masih ingat sebelum saya terjerumus ke "lembah pembukuan", saya minat sangat baca cerita-cerita misteri. Lalu, pantang terlihat majalah misteri di mana-mana, terus saya rembat. Bukan pau ma, saya kasi duit sama abang penjual buku. Di pasar malam Pantai Dalam , KL tak miss saya beli setiap minggu majalah misteri seperti Popular Misteri, Mastika, Kisah Benar dan beberapa majalah lagi. 1 buah RM2. Ambil 3 buah cuma RM5 sahaja. Murahlah tu.  Walaupun majalah bulan-bulan lepas cuma, tapi kalau beli sebuah-sebuah harga asal mau dekat RM12 juga.
Variasari Lama - Tahun 80 - 90-an

Itulah asalnya cinta saya berputik kepada buku. Daripada buku bercorak misteri, minat saya makin menggebu asal saja lihat ada buku murah. Lalu, koleksi saya makin bertambah-tambah. Dari majalah cuma, minat saya tergetus untuk turut  kumpul buku bergrene politik, agama, motivasi, bisnes, penulisan, dan bibliografi. 

Buku-buku ni, saya buru masa ada jualan murah. Jimat sikit bajet. Biasanya tempat wajib saya kunjungi adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PWTC, Jualan gudang Karangkraf, Jualan Gudang Dawama, Jualan Gudang Utusan termasuk juga mana-mana kedai buku terpakai yang saya jumpa.

Dan kini,  walaupun buku saya tak lah banyak sangat, seciput jer, tapi itu sudah cukup mengujakan diri saya. Rasa bahagia dan seronok  bila kepulangan kita disambut "senyum manis" teman mesra bernama buku yang tetap setia dengan kita sampai bila-bila.

Terima kasih bukuku. Bukuku adalah kubuku.   


------------------------
Shafizu
Online Book Dealer

Tiada ulasan: