Isnin, 12 Mei 2014

MD - Ikhlas Yang Kontroversi



Edisi : Muhasabah Diri 

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.
Ikhlas - satu perkataan mudah, ringkas tapi punya nilai yang cukup besar. Dengan ikhlas, apa yang kita buat dapat ganjaran pahala. Tanpa ikhlas, amal kita jadi sia-sia. Siap haribulan dapat dosa pulak.

Dengan kata lain, ikhlas bila amal kita semata-mata kerana DIA. Bukan kerana sesiapa dengan tujuan tersembunyi. Baik kawan kita, keluarga kita, pasangan kita atau juga jiran kita. Kalau mereka tak nampak pun, amal kita tetap tak berkurang. Dan bila mereka nampak, amal kita tak jadi bertambah kerananya.

Oleh kerana ikhlas terbit dari hati, bukan tugas kita korek amal seseorang itu ikhlas atau tidak. Zahir mungkin semacam menunjuk-nunjuk - misalnya bila menderma, tayang cek puluhan ribu besar-besar depan orang ramai, jangan sangka pula dia sebegitu. Serah saja pada Allah. Allah saja yang tahu apa yang terdetik di hati setiap hambanya. Kalau dia ikhlas beruntung benar dia. Pahala berganda-ganda. Kalau tidak, buang duit saja.

Dalam pada kita cuba bersangka baik dengan amal orang lain, ada baiknya amal kita pula biar betul-betul ikhlas 100 peratus. Memang susah tapi tidaklah terlalu payah. Tepuk dada tanya imam jer.

Bagaimana pula kita nak tahu nilai ikhlas kita makin menjunam. Ikhlas juga tapi kurang cemerlang. Kita tengok senario ini. Sama-sama kita perbaiki yer.

1. Semasa di masjid, kita tetiba rasa rajin solat sunat, sebelum dan selepas solat fardhu. Bila di rumah rasa malas semacam. Bahkan jarang buat pun. Kenapa yer.

2. Bila ada orang, solat kita lama-lama. Cantik. Tapi bila kita sorang-sorang, laju pula kita. Macam bas ekspres. Kenapa yer.

3. Time menderma, laju jer kita keluar not hijau, merah bila ada mata memandang. Tapi bila sorang-sorang, duit biru jer yang termampu. Kenapa yer.

4. A dan B sama-sama sahabat. Tapi A lebih istimewa. Dapat macam-macam "hadiah istimewa" dari kita hanya kerana A berjawatan besar di salah satu jabatan kerajaan. Sedangkan B, belanja secawan kopi dah kira bagus benar. Ada-apa ker.

5. Bila kena puji, kena "jek" orang Kelantan kata, kita jadi bertambah-tambah rajin. Amal makin bertambah. Dari note biru kepada hijau bila masuk tabung. Tapi bila dikeji, dikritik, dikata macam-macam, amal kita pun makin berkurang. Dari note hijau dah menurun kepada note biru. Apa pasal.

6. Entah kenapa kita jadi rasa seronok, bangga bila ada orang tahu kita kaki ibadah. Biar orang tahu mata kita kuyup tak cukup tidur sebab bangun tahajjud semalam.


Kalau kita ada sikap sedemikian, eloklah kita muhasabah diri balik. Bukan kata kita mesti tak ikhlas kerana situasi ini. Tapi wajarkah graf amalan kita ditentukan melalui orang lain. Kenapa amalan kita boleh jadi tak sama di depan dan di belakang orang ramai. Bila orang lihat dan tahu, amalan kita jadi cantik. Orang tak tahu lain pula jadinya.

Sama-sama kita renungkan.

Tiada ulasan: