Ahad, 18 Mei 2014

Memburu Buku Terpakai di Amcorp Mall PJ.

Salam satu Malaysia buat semua.

Ahad minggu lepas saya rasa boring duduk di rumah. Biasa pagi-pagi lagi saya turun niaga di Pasar Karat Pudu. Tapi sejak dua menjak ni line panas jer. DBKL tengah mengamuk sakan. Hari-hari ada operasi. Jadi saya terpaksa melangut la kat rumah. Tak nak cari pasal.

Amcorp Mall,PJ

Boring punya pasal, saya ajak kawan saya, Wan pergi jalan-jalan di Amcorp Mall, PJ. Terfikir boleh juga pusing-pusing cari buku terpakai  kat sana. Saya rasa ramai dah tahu setiap hujung minggu, Sabtu dan Ahad ada pasar karat kat sana. Dari pukul 10 pagi sampai 4 petang.  

Orang panggil Flea Market. Tapi nak kata pasar karat tak juga. Kalau pasar karat, konsepnya betang tikar letak barang yang kita nak niaga. Barang pun campur-campur. Baru ada lama pun ada. Tapi di Amcorp Mall dia bentang meja. Barang lambak atas meja. Paling banyak barang antik. Dan memang Itupun konsep sebenar penganjur. Barang baru tak banyak mana.

Kena Kencing

Saya pandu kereta setengah jam jer dari Gombak. Singgah Kepong dulu ambil Wan yang nak ikut sama. Jalan tak jem. Cepat  sampai. Pandu pun seronok. Sampai sana baru pukul 10.30 pagi. Orang tak ramai lagi. Ada yang baru pasang meja. Tengah angkut barang.

Tiba di lobi Amcorp Mall ada orang jual barangan kulit banyak-banyak. Kedai kekal. Bukan yang join pasar karat. Beg ada tali pinggang pun ada. Sales dasyat giler. 50% hingga 70% diskaun. Teruja juga nak beli. Saya tengok harga tali pinggang yang dia susun cantik-cantik. Alamak harga sampai RM129. Siap ada tanda harga lagi. Selepas diskaun 70%, dapatlah harga dalam RM39. Kira murah tahap gile babi la tu. 


Tapi bila saya perhati betul-betul, Eh! Tali pinggang ni pun ada saya jual. Kedai pun saya tahu kat mana. Kalau anda nak tahu, tali pinggang tu kalau beli harga borong dalam RM16 jer. Tengok. Pasar raya punya kencing sampai RM129 dia up kat notis harga yang dia pasang besar-besar. Mentang-mentanglah ada tanda harga dia boleh cilok sesuka hati. Bila dah turun harga giler-giler, jadi RM39 sapa tak terbeliak biji mata. Murahnya!!!
(Tak terfikir plak nak ambil gambar. Ruginya).

Kat ground floor tak ramai yang jual barang karat. Bila saya jengok tingkat bawah, bukan main ramai lagi orang. Berpusu-pusu. Ada satu kedai yang jual macam-macam barang terpakai termasuklah  buku. Buku pun banyak juga ada. Macam-macam tajuk. Jika kita turun eskalator, kedai dia sebelah kiri. Sempat juga saya ambil beberapa keping gambar.

Kedai Buku terpakai Joe's Mac, Amcorp Mall, PJ

Lagi buku terpakai di Kedai Joe's Mac

Tingkat Bawah Amcorp Mall, PJ

Kalau dua tahun lepas, ada sebuah kedai konsep sama sebelah kanan eskalator. Lagi banyak buku dia. Tapi masa saya pergi tutup lagi. Tak tahulah masih beroperasi ke tak. Ataupun saya datang terlalu awal. Bia saya congak-congak ada lebih 30 gerai bukak kat bawah tu. Gerai buku terpakai tak silap saya ada 6 gerai. Tiga gerai semua jual buku. Lagi tiga gerai campur-campur barang.


Peminat buku lama tentu meleleh air liur tengok koleksi buku ni

Sebuah gerai buku terpakai tingkat 2, Amcorp Mall, PJ

Semua level (3 tingkat) penuh dengan geri jualan di Amcorp Mall, PJ

Buku Percetakan RM12 Jer

Saya tertarik dengan satu gerai tu. Akak pertengahan 30-an yang jaga. Buku dia susun elok-
elok. Cantik. Banyak buku Inggeris. Saya cari-cari juga kalau ada buku Melayu. Nasib baik terjumpa satu. Tajuk Penerbitan dan Percetakan Buku Melayu – 1807 – 1960. Buku baru. Saya seronok bukan main. Mana ada lagi jual kat kedai.

“Berapa harga buku ni kak?” tanya saya sambil membelek beberapa halaman.

“Buku mana?”soal akak tu kembali sambil memegang buku yang saya hulur kepadanya.

“Oh! Buku ni. RM15 jer.” Jawab dia sambil tersenyum.

“Buleh kurang lagi ke kak. Kalau dapat RM12 ringgit ker,” saya cuba runding harga sambil buat-buat muka sedih.

“Bolehlah.” Angguk akak tu tanda setuju.


Gerai tempat saya sambar buku tu

Dan buku tu dah berjaya saya lamar. Saya gembira amat. Boleh dikata murahlah. Sebab kalau nak dikira sewa gerainya agak mahal. Akak tu kata untuk dua hari, Sabtu dan Ahad sewanya dalam RM80 untuk satu meja. Dia ambil dua meja. Maknyanya RM160 lah yang akak tu bayar untuk dua hari bersamaan RM640 untuk tempoh sebulan. (kalau saya silap boleh betulkan saya yer). Dan lagi menarik, sejak dua tahun lepas  lagi gerai buku tu dah ada kat situ. Ada masyuk la jawabnya.

Buku Lama RM640

Gerai lain tak menarik mana. Cuma ada satu gerai tu jual buku-buku lama dan terpakai. Satu buku tu, tajuk dia Chara Pemerintahan Tanah Melayu terbitan 1961 dia jual harga RM640. Mak oi!!! Mahalnya harga. Bisik hati kecil saya. Saya tak tanya la dia berapa harga boleh kurang. Tapi buku tu memang menarik. Ada value. Rare collection. Memang harga dia boleh melantun-lantun tinggi tapi tak la sampai RM600 lebih. Kalau dalam RM100 nak jugak saya sambar.


Puas pusing-pusing kat tingkat bawah, Saya terus kat tingkat satu. Ada dua tiga gerai yang jual buku terpakai. Termasuk di tingkat dua dan tiga. Saya lalu saja. Tak singgah sebab tak ada buku menarik. 

Kat tingkat dua pula ada kedai buku POPULAR. Tingkat tiga pula ada kedai BookXcess. Buku baru. Hampir 100% buku berbahasa Inggeris. Tebal-tebal. Harga memang tak masuk akal. Buku yang harga $79 boleh dia jual harga bawah RM20. Malah banyak juga buku harga  bawah RM10 padahal harga sebenar dia rata-rata tak kurang dari $50. Dari mana dia dapat. Saya terbaca dalam akhbar Kosmo buku tu diorang dapat dari stok lebihan dari penerbit buku di negara luar.


Ada satu lagi kedai buku terpakai tingkat 3. Betul-betul depan eskalator sebelah hujung kiri ke tingkat tiga. Tapi hari tu tutup. Tak pasti masih beroperasi ke tak. Buku dia memang banyak. Bertimbun-timbun. Mungkin tak ada rezeki saya hari tu gamaknya.

Ada satu lagi kedai buku kak tingkat dua. Tapi tak menarik. Semua buku berbahasa Cina. Ada la beberapa puluh buah. Lagi tak menarik dia campur campur dengan barangan cenderahati. Saya pandang saja

.
Kedai buku Dharmic Bliss, tingkat 2, Amcorp Mall, PJ

Daud Punya Kedai

Sedang saya berfikir nak balik, di tingkat dua saya terpandang sebuah lagi kedai buku terpakai. Rasanya baru lagi.  Kat bahagian tengah betul-betul. Nama kedai memang klasik sungguh. Macam kedai ala-ala kampung. Nama kedai dia Toko Buku Daud. Saya jengok sekejap. Banyak buku Inggeris. Majalah pun ada juga. Buku lama bertaraf nadir pun dia ada jual. Yang tak bestnya buku nadir tu dia letak dalam kaca. Nak tengok tahun terbit pun susah. Nak jugak tahu berapa tahap kerarerannya. Nampak macam buku lama betul. Kulit dah bertukar jadi kelabu gelap.

Kedai buku terpakai Daud. Cayalah Daud!!!

 Suasana kedai buku terpakai Daud memang segar. Cantik dan terurus. Terfikir sejenak alangkah bagusnya jika saya pun turut ada kedai macam ni. Impian lama yang sekadar tinggal impian. 

Tak lama kat kedai ni, ditambah rasa kecewa kerana buku yang saya kejar tak ada, saya angkat kaki balik.


Banyak-banyak gerai yang saya jengah cuma satu saja buku yang saya berkenan. Sedih sungguh. Memang tak berbaloi la datang jauh-jauh. Member pula memang tak minat buku. Jadi dia sambar beberapa keping cd nyanyian artis dulu-dulu. Yang saya sempat tengok cd Saripah Aini. Yang lain geng-geng Saripah Aini la tu. Kawan saya bodi jer berketul macam Stone Cold  tapi dalam hati ada taman. Adoiii….

Memang tak puas hati betul. Satu buku jer saya kelek balik. Nantilah. Amcorp Mall mu tungguk aku datang.   


     
------------------------
Shafizu
Online Book Dealer

Tiada ulasan: