Salam untuk semua.
“Manusia, cepat atau lambat tetap akan mati juga. Manakala
buku yang bagus mesti dijaga dengan baik buat selama-lamanya”.
Itu kata-kata terkenal, yang diucap penuh bangga Don Vincente ketika ditanya hakim kenapa dia sanggup membunuh kerana buku.
Kerana itu lahirlah gelaran Bibliokriminil yang merujuk
kepada penjenayah buku sadis. Dan kesadisan Vincente terpahat dalam sejarah
yang menyaksikan tangannya berlumuran dengan darah beberapa orang mangsanya.
Dan semuanya kerana buku. Ya, kerana BUKU semata.
Dikhabarkan 8 orang terbunuh di tangan Vincente. Semuanya bermula selepas saja acara pelelongan sebuah buku nadir berusia tiga setengah abab : Furse Ordinations de Valencia pada tahun 1836 berakhir. Vincente bagaimanapun kalah dalam bidaan yang dimenangi oleh Agustino Patxot, pemilik sebuah toko buku lain.
Disebabkan amarah yang memuncak kerana gagal memiliki buku itu, dia telah bertindak membakar rumah Patxot yang turut membunuh sama pemilik toko buku tersebut. Beberapa orang lagi yang ada kaitan dengan buku pula mati secara misteri di sekeliling kota Barcelona.
Polis mengesyaki Vincente terlibat. Bila polis menggeledah rumahnya, terjumpa bukti penting yang Vicente tidak boleh nafikan lagi. Buktinya, buku kontroversi tersebut - Furse Ordinations turut dijumpai bersamanya. Hanya kerana sebuah buku, Vincente terpaksa menerima hakikat terpaksa merengkok di sebalik jeriji penjara.
Kalau anda nak rasa feel baca kisah sebenar Don Vincente, carilah buku Shaharom TM Sulaiman.Tajuknya "Keanihan dan Keunggulan Buku". Saya olah sikit-sikit jer pakai ayat sendiri. Janji orang tahu dalam dunia ni tiada benda yang mustahil. Hatta buku yang dikaitkan dengan individu berilmu, matang, berfikiran jauh pun sanggup buat perkara di luar dugaan bila nafsu merajai.
Hatta jika tak sampai bertindak luar dugaan sehingga membunuh sekalipunpun, pemuja dan pengobses buku memang sukar difahami.
Jika berkenan saja sesuatu buku, apatahlagi buku tersebut buku nadir yang sukar didapati di pasaran, pengobses buku sanggup membayar berapa saja harga yang ditawar. Harga tolak tepi. Lihat buku terjamahan kitab injil The Bay Psalm Book yang boleh terjual sehingga AS$14.2 juta (RM45.44 juta) . Hilang akal dibuatnya.
Itu tak pelik mana. Kita tengok pula kisah John Stewart yang awal-awal lagi dah berpesan supaya buku-bukunya dikuburkan bersamanya selepas dia meninggal kelak.Kerana dia tak nak bukunya jatuh ke tangan orang lain ? Itu dia seorang saja yang tahu.
Jangan kerana buku, kita hidup diselubungi misteri.
------------------------
Shafizu
Online Book Dealer
Tiada ulasan:
Catat Ulasan