Salam sejahtera buat sahabat semua.
Kedai Buku Junk Book Store, Jalan Tun H.S.Lee, KL |
Saya
tercari-cari juga kedai buku terpakai sekitar KL. Yang saya tahu dan selalu
juga singgah – satu kedai buku terpakai di tingkat empat The Mall, berhadapan bangunan PWTC. Itupun
setahun lepas. Dengar kata kedai buku terpakai tu dah pindah Bangi. Tak pasti
lak pula saya.
Satu lagi
kedai buku terpakai - itupun setelah saya ada baca dalam satu artikel akhbar -
terletak di Jalan Tun H.S. Lee, KL . Betul-betul depan RHB Bank. Nama kedai
buku terpakai tu Kedai buku Junk Book Store.
.
Kedai buku Junk Book Store, KL
Semalam
tiba-tiba saya teringin pergi kunjung sendiri ke kedai buku terpakai Junk Book Store tersebut. Dengan
kata bertimbun juga buku-buku terpakai kat sana. Terfikir juga
mesti kering lagi poket aku. Cukup ke tak note RM100 yang saya bawa. Resah juga
saya. Saya cuma nak cari buku tentang buku jer. Buku yang cerita pasal buku.
Kalau ada buku-buku lama tahun 50-an - 60-an memang rezeki sayalah.
Kroni tokey Kedai Junk Book Store tengah mengadap buku. |
Saya
sampai sana tepat waktu zuhur. Dalam 1.30 petang gitulah. Dari luar kita tak
perasaan sangat kedai buku tu. Tertutup rapat. Tak mesra mata. Dah macam tempat
simpan harta karun rupanya.
Masa saya masuk, Ada dua orang perempuan kat dalam.
Seorang perempuan Cina , umur dalam 50-an yang saya rasa kroni tuan kedai tu.
Seorang lagi perempuan Melayu. 30-an lebih.
"Mau
cari buku apa?" sapa untie tu mesra. Dia pandang saya semacam jer.
"Saya
cari buku tentang buku. Dia ada cerita pasal buku dalam tu," jelas saya
dengan penuh teruja bila lihat saja bertingkat-tingkat buku kat dalam tu. Rabun
mata tengok.
"Buku
Inggeris banyaklah."
"Saya
cari buku Melayu saja. Inggeris tak mahu. Ada banyak ke buku Melayu?" soal
saya pula.
"Tak
banyak. Itu novel Melayu adalah," sambil tangannya menunjukkan tempat novel tu
dia letak.
"Kalau
awak mahu cari itu buku, pergi lah dekat satu lagi kedai buku terpakai. Dekat
masjid India jer," sambung untie tu lagi.
Saya
pergi kat tempat novel tu dia simpan. Mana tau dalam cari-cari jumpa buku yang
saya nak tu. Dari
hujung telinga, saya dapat tangkap untie tu mengomel-ngomel.
"Itu
orang dah cakap buku tu tak ada. Cari jugak." Bebel dia kepada pekerja dia
yang ada di sebelahnya.
Balas
saya, biar saya cari dulu. Mana tau kot-kot saya jumpa buku yang saya cari.
Lagipun alang-alang dah datang biar saya cari sampai puas.
Pekerjanya
senyum jer bila saya cakap macam tu.
Koleksi Novel dan Majalah Melayu
Memang buku
Melayu tak banyak di kedai buku Junk Book Store. Tak sampai pun 10 peratus.
Yang ada cuma sedikit novel Melayu yang dah berbalut, majalah Mastika yang dah
siap dia susun-susun untuk tempoh setahun, dan ada beberapa buah lagi buku
yang tak best-best.
Saya
tengok harga novel terpakai tu. Alamak mahal jugak. RM15 dia jual. Harga asal novel dalam RM20. Kat kedai buku terpakai biasa pun paling tinggi RM12. RM10 satu pun
dah kira untung banyak.
Novel terpakai RM15 setiap satu. |
Majalah Mastika pula untuk satu koleksi setahun cuma
RM50. Jatuh RM4 lah setiap satu. Ok lah tu harga yang dia letak. Nak cari memang ada kita boleh dapat harga
serendah seringgit, tapi yang jadi RM50 tu berbaloi sebab cukup koleksi lengkap
untuk setahun. Nak cari biar cukup genap setahun - Januari hingga Disember –
belum tentu kita boleh jumpa.
Cari
punya cari jumpa jugak satu buku lama. Nak kata lama tak jugak. Terbit baru
tahun 1990. Tajuk "Strategi Menjawab Sastera sebelum dan sesudah
1800" tulisan Nurazmi Kuntum. Cuma helaian mukasurat kat dalam jer nampak
pudar. Kertas nampak kuning-kuning tapi ok lagi. Kulit kat depan pun ada
terkoyak sikit.Ok lah tu. Janji boleh baca. Harga baru RM20 jer.Itupun lepas
minta diskaun dari harga asalnya RM23.
Apabila Buku Melayu dianaktirikan
Lepas
bayar, saya minta izin ambil beberapa keping gambar dalam kedai buku Junk
Book Store tersebut. Dalam hati kalau tak ambil gambar tak tau la bila boleh
datang lagi ke kedai buku terpakai ni. Nampak gaya – kalau buku-buku Melayu terus
dianaktirikan, seolah-olah dipinggirkan, mungkin lepas ni tak ada harapan la
saya nak jejak kaki ke kedai buku Junk Book Store ni.
Tengok buku terpakai kat sini pun dah pening lalat. |
Ulat majalah boleh la pakat-pakat serbu kat sini. |
Kalau nak
cari buku berbahasa Melayu, rasa tak berbaloi datang ke kedai buku terpakai ni.
Tapi kalau nak cari buku terpakai berbahasa Inggeris, memang kedai buku Junk
Book Store saya syorkan sesangat. Dari aras lantai menjulang ke bumbung, penuh
dengan aneka buku berbagai bidang. Belum diambilkira buku yang ada kat tingkat
atas lagi. Pening kita nak cari satu-satu.
Tak
sampai setengah jam kat sana, saya ambil keputusan balik saja. Kecewa
menggelegak. Almaklum jangkaan saya tinggi. Ingatkan saya boleh jadi rambang
mata dengan buku terpakai berbahasa Melayu kat sana. Rupa-rupanya harapan saya
berkecai di tengah hiruk piruk kesesakan bandaraya KL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan