Ahad, 25 Mei 2014

SK - Coklat Cadbury Dairy Milk disahkan Berperisa DNA Babi!

Edisi : Sensasi & Kontroversi

Salam sejahtera buat sahabat semua.


Seorang petugas sebuah pasar raya menarik semula penjualan coklat Cadbury yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan mengandungi DNA babi di Kuala Lumpur, semalam. - Bernama



Berita kurang gembira buat peminat  coklat keluaran Cadbury Dairy Milk. Dua produk mereka,  Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond telah disahkan Kementerian Kesihatan mengandungi DNA Babi (Poncine). Jakim tiada pilihan melainkan terpaksa menarik balik serta merta sijil halal bagi kedua-dua produk coklat yang ada DNA babi ini. 

Susah kita nak terima kenyataan coklat Cadbury ni ada perisa babi. Bukannya boleh tengok dengan mata. Kalau kita makan pun bukannya boleh beza. Sedap punya pasal. Nasib baik saya tak minat sangat segala macam coklat ni. Biarpun bungkusan luarnya yang mengancam boleh buat kita meleleh air liur, tapi ntah, nafsu saya untuk coklat bagaikan dingin jer. 

Tapi saya kasihan sama penggemar coklat ni. Diorang sudah tentu terkejut besar. Tak disangka coklat Cadbury yang diorang makan penuh selera bertahun-tahun sebelum ni rupanya ada perisa penyedap tersembunyi. Patutlah sedap semacam jer. Rupanya ada benda haram. Tak boleh bayangkan dalam perut dah bergelumang dengan DNA haiwan bermulut muncung ni.

Dalam hal ini, ramai yang persalahkan Jakim. Kenapa Jakim boleh keluarkan sijil halal sedangkan coklat Cadbury ni ada bahan terlarang. Adakah Jakim buat kerja sambil lewa. Tidak memeriksa betul-betul sebelum keluarkan sijil. Kita harap tidak lah berlaku demikian. Saya sendiripun berpandangan masa Jakim periksa, diorang guna bahan yang ikut piawaian halal. Tapi bila dah lama-lama, untuk kejar untung semata sanggup campur DNA Khinzir. Coklat jadi lemak manis dan bertambah sedap. Permintaan makin tinggi. Untung tentulah berganda-ganda. Itu yang mereka kejar-kejar.

Ini isu sensitif. Melibatkan maruah agama yang diperkotak-katikkan. Harap pihak berwajib dibawah KPDNK mengambil tindakan tegas terhadap syarikat pengeluar produk ini, Cadbury Confectionary Malaysia Sdn. Bhd.ini. Jangan bagi muka sangat. Buat pemeriksaan menyeluruh. Jika dua jenis coklat - coklat Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond disahkan ada DNA Babi, adakah tidak ada kemungkinan coklat lain dibawah pengeluaran syarikat yang sama juga terpalit dengan isu ini. Apatahlagi coklat berperisa lain yang juga dibuat di kilang yang sama, menggunakan mesin yang sama.


---------------------------
Shafizu
Online Book Dealer

Tiada ulasan: