Assalamualaikum dan salam sejahtera
buat sahabat.
Dalam
seminggu, ada dua tiga kali saya ke Chow Kit, KL. Bukan apa. Saya ke sana untuk
dapatkan stok barang jualan di Plaza GM, pusat borong terbesar di Malaysia. Kat
sana macam-macam barang ada. Rambang mata dibuatnya. Janji bajet tebal ajer.
Tapi
yang tak syoknya, sepanjang lorong menghala ke Plaza GM, mata kita boleh terjuling
dibuatnya. Kiri kanan sepanjang Lorong Haji Taib bersidai “ayam-ayam mentah” separuh togel yang bersedia diratah. Paling ramai mak nyah. Gediknya ya allah naik berpinar
biji mata. Geng-geng saya selalu perli “ori ke bang”.
Melihat
panorama Chow Kit, teringat saya satu kisah kira-kira 3 tahun lepas.
Petang
tersebut, selepas saya membeli barangan mainan kanak-kanak di sebuah kedai barangan
am di Jalan Raja Laut, KL datanglah seorang wanita. Dia hampiri saya yang
ketika itu baru hendak hidupkan suis motosikal. Orangnya simple dan bertubuh
sedikit gempal. Saya agak dalam umur lingkungan 40-an. Berbaju t-sirt koko agak
longgar dan berseluar jean kelabu panjang. Agak sopan dan memang tidak seksi
pun. Wanita Melayu katakan.
Ketika hampiri saya, dia tiba-tiba ucapkan perkataan yang boleh meluruhkan jantung saya. Iman saya sedikit goncang dan bergegar hebat.
"Nak main." Dia pelawa saya. Matanya terkesan semacam gersang.
Saya senyum.
Ketika hampiri saya, dia tiba-tiba ucapkan perkataan yang boleh meluruhkan jantung saya. Iman saya sedikit goncang dan bergegar hebat.
"Nak main." Dia pelawa saya. Matanya terkesan semacam gersang.
Saya senyum.
"Berapa?". Soal saya sengaja mencungkil reaksinya.
"50!" Saya geleng kepala. Riak hampa jelas terpalit di wajahnya.
"40 ... 30..." Dia cuba lagi pancing saya. Siap dengan harga kilang tu.
"Tak ada duit," balas saya bersahaja cuba beralasan. Bukan kerana tiada duit tapi saya masih ingat dosa pahala. Tak pun malu alah dengan tasbih yang saya usung merata-rata dalam usaha menepis segala noda yang terpalit di segenap ceruk perut bandaraya KL. (Cewah macam lah alim sangat. Huhuhu...)
Kecewa dengan jawapan saya, dia bergegas melintas jalan. Dijumpainya seorang pak cik yang berada berhampiran lampu isyarat, menunggu hendak melintas jalan. Mungkin tawaran sama kepada pakcik tu sampai pakcik tu merenung tajam ke arahnya dan mengeleng-ngeleng kepala. Mungkin terkejut kot.
Huh!. Dunia nak kiamat agaknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan