Jumaat, 16 Mei 2014

7 Tabiat Buruk Melayan Buku

Salam 1 Malaysia buat semua.

Ramai orang minat membaca. Tapi tak ramai yang minat kumpul buku. Buku yang dibaca mungkin pinjam dari kawan-kawan, pinjam di perpustakaan, ataupun baca terus di komputer bersumberkan maklumat dari internet. Oklah. Janji minat membaca ada.

Kerana buku atau apa saja bahan yang dibaca percuma, jadi jarang yang ada rasa tanggungjawab untuk jaga betul-betul buku yang dibaca. Ibarat kata jaga anak orang tak sama dengan jaga anak sendiri. Ye tak. tapi tak semualah. Segelintir. Kerana acuh tak acuh dengan keselamatan buku, diorang tak kisah sama ada buku di tangan mereka terjaga rapi atau tidak. Alah. Bukan aku punya.... Getus hati sendiri.

Getusan hati inilah jadi sebab buku bagai dianaktirikan. Kadang-kadang buku didera secukup rasa.






Jadi, mari kita tenguk layanan "kejam" kita - kadang-kadang - kepada susuk bernama buku.

1. Buku diconteng-conteng.
Sedang ralit membaca, jika kita terjumpa ayat-ayat  power, mulalah gatal tangan kita nak coret apa-apa. Kalau catitan untuk rujukan semula oklah. Ini kadang-kadang conteng apa-apa ntah.Naik berbiol otak kita nak faham.

2. Helaian buku dilipat-lipat.
Jarang ada yang habis baca buku sekali hadap. Terpaksa tangguh sekejap atas apa-apa sebab. Jadi, muka surat terakhir dibaca akan dilipat-lipat. Senang singgah semula tanpa tersesat. Termasuk juga yang ketika membaca suka melipat-lipat. Barangkali dah jadi tabiat. Tanpa sedar, buku sudah jadi cacat.

3. Kulit depan buku terlipat-lipat.
Ini yang jenis baca suka main letak-letak. Letak pula main cara sembrono. Buku yang belum stabil "terbaring" akan jadi terlipat kulit depan. Automatik nilai buku (kepada seorang penjual) jatuh hingga 40%. 

4. Helaian buku tercerai berai.
Ini yang jenis suka membaca cara ganas. Tak ada tatasusila orang kata. Mungkin juga kerana terlampau ghairah dengan cerita hingga rasa tak sabar nak khatam cepat-cepat. akibatnya, buku "ditelanjangi" secara paksa.

5. Buku dikibas-kibas. 

Ini saya paling marah. Kerana panas punya pasal, buku jadi mangsa. Sang kipas pula paling gembira bila ada orang ambil tugasnya. Lama-lama buku jadi berkedut tanpa disangka. 

6. Buku diletak merata-rata.

Di mana dia hadap buku, di situlah buku tersebut tersadar. Dia tidak kira buku tu "terbaring" di muka pintu ke, di beranda dapur ker, di tangga depan rumah ker, apa peduli. Janji tangan dia dah tak kebas kelek buku lama-lama. Sabarlah. 

7. Buku diduduk-duduk.
Pernah jumpa ker. Kalau surat khabar tu biasalah ada orang duduk-duduk. Buat lampik punggung. Tapi kalau buku rasanya tak pernah pulak saya jumpa. Tapi kalau saya jumpalah, nak juga saya doa biar punggung dia naik bisul cepat-cepat. Memang tidak ada hati perut langsung.   


 Adakah kita salah seorang dari kategori di atas. Harap-harap tidaklah. Jagalah buku seperti kita jaga anak kita sendiri. Anak yang kadang-kdang kita rasa leceh saat dijaga semasa kecil, tapi hasilnya kita juga bahagia bila anak kita dah besar dan jadi orang berguna kelak. Begitulah juga anak bernama "buku". 



------------------------
Shafizu
Online Book Dealer


Tiada ulasan: