Khamis, 22 Mei 2014

RM - Siapa Bodoh Sila Berdiri

Edisi : Relaks Minda

Kisah dalam sebuah kelas.

Seorang pensyarah yang suka berlagak meminta semua pelajarnya bangun. Dia fikir kalau dia bersyarah sambil duduk-duduk, pelajarnya lebih minat mengelamun. Dia cuba tukar teknik belajar. Berkuliah sambil berdiri.

Selesai berkuliah, dia tanya seorang pelajarnya. Tiba-tiba dia hangin dengan pelajarnya itu.

"Apa ni. Tergagap-gagap menjawab. Bodoh! Itulah asyik mengelamun. Duduk pun mengelamun. Berdiri pun mengelamun. Apa nak jadi kamu ni!!" bentak sang pensyarah dengan muka merah menyala.

"Baik, semua duduk. Saya nak minta sesiapa yang rasa masih bodoh dan bengap sila berdiri. Berdiri"! laungnya kuat-kuat.

Suasana hening seketika. Tiba-tiba di hujung penjuru kelas, seorang pelajat berdiri.

"Jadi, kamu yakin betullah kamu masih lagi bodoh, bengap???"

"Ek.Ek... Bukan begitu prof. Saya cuma tidak sampai hati tengok prof. berdiri seorang diri."


------------------
** Moral : Adakalanya seorang yang suka berlagak tidak perlu diajar dengan cara yang begitu bijak.
 



------------------------
Shafizu
Online Book Dealer

Tiada ulasan: