Isnin, 9 Jun 2014

Syarat Wajib Menjadi Penulis Cemerlang

Salam sejahtera buat sahabat semua.


Business Hand Writing, Thank You Stock Photo


Menulis itu seronok. Bukan pada semua orang tapi kepada mereka yang betul-betul ada bakat dan minat mendalam. Kita gembira bila entri kita siap tertulis. Tidak kira atas wadah apa sekalipun tulisan kita dijelmakan - baik di blog, akhbar harian atau dalam bentuk buku, kita sememangnya mengharapkan tulisan kita dibaca, dkritik, diulas dan di buat salinan (secara sah) oleh pembaca. Tanpa pembaca, apalah maknanya sebuah entri kita.

Walaupun menulis itu tidaklah sesukar yang kita bayangkan, tapi kita tidak boleh terjun secara sembrono dalam planet tulisan. Ada langkah yang perlu diikut, ada bahan yang perlu disedia, ada ilmu yang perlu dikhatam dan ada sesuatu yang perlu dikorbankan. Itulah acuan yang boleh menjadikan seseorang penulis berada di kelas tersendiri.


Syarat wajib menjadi penulis cemerlang.

1. Minat yang mendalam.
- Bila minat, apa yang kita buat bukan lagi satu kerja tapi satu hobi. Dan setiap hobi sesuatu yang amat mengujakan.

2. Bakat yang terpendam.
- Cuba menulis dulu. Jika idea kita bertambah lancar, maknanya kita ada bakat terpendam. Cungkilkan segera sebelum bakat kita berkarat.

3. Perlu ada buku yang berkaitan dengan penulisan.
- Banyak buku tentang penulisan di pasaran. Laburkan sedikit modal dan praktikkan apa yang dicadangkan oleh sang penulis. Insyaallah kita boleh berjaya seperti mereka.

4. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan
- Jika kira keliru makna sesuatu perkataan, atau ketepatan penggunaan sesuatu perkataan, kamus ini boleh membantu.

5. Kamus Sinonim - Antonim KBSM Utusan
- Untuk mencari makna perkataan yang sama atau yang berlawanan, kamus ini juga boleh membantu.

7. Nota catatan harian
- Idea datang tidak menentu. Selalunya idea yang datang secara rambang ini ada nilai. Jadi, perlu sediakan nota catatan untuk mencatit apa saja idea yang terlintas di hati.

8. Selalu membaca
- Penulis wajib membaca. Daripada membaca, banyak info dan ilmu yang dapat kita gali untuk dijadikan modal tulisan.

9. Bookmark portal rujukan yang berwibawa - Wikipedia contohnya.
Tulisan tanpa rujukan (isu-isu tertentu) dibimbangi akan "tersesat" dan hilang wibawa. Cari portal yang bagus seperti utusan online, berita harian online, Malaysiakini, wikipedia berbahasa Melayu dan beberapa portal lagi.

10. Terus menulis.
Ada minat, ada bakat dan ada buku tentang penulisan tidak akan membawa apa-apa nilai jika kita masih termanggu-manggu di garisan mula. Mulakan langkah sekarang tanpa "tapi-tapi" jika kita teringin menjadi penulis cemerlang di masa mendatang.

Jika kita ingin serius menulis, syarat-syarat ini tidak dapat tidak perlu diikuti. Semuanya bergantung kepada kita. Tepuk dada tanya selera.

Berselerakah kita jika digelar penulis cemerlang?

Tiada ulasan: