Ini dia salah satu buku lama. Judulnya "Chara Pemerentahan Tanah Melayu". Usianya sudah hampir-hampir memasuki era antik. Terbitan tahun 1963 kalau tidak silap. Sudah lebih 50 tahun umurnya di dunia. Kalau diukur dengan umur manusia, sudah hampir-hampir pencen. Saya agak minat buku ni. Bukan kerana isinya sangat tetapi kerana "usia emasnya". Sudah tentu isi kandungan dan rekabentuk kulitnya semakin tidak menggiurkan kerana kemenopausesannya, tetapi hanya kerana ke"rare"rannya, nilainya akan sentiasa meningkat dan terus meningkat hingga di luar jangka.
Tetapi semangat saya yang mengebu-gebu untuk memiliki buku ini hancur luluh dan remuk redam bila saja saya lihat harganya yang tertera di kulit belakang. Memang terkejut tahap kingkong. Ada ke patut harganya sehingga RM600 lebih. Hilang akal barangkali. Walaupun buku ini agak antik dan ada nilai "rare" dan sewajarnya dinilai dengan harga yang tinggi, tetapi saya fikir harga RM600 lebih - tidak sepadan dengan usianya yang hanya baru menjengah setengah abad - yang diletakkan penjual itu agak kejam. Sangat kejam barangkali kepada orang yang kempis poket seperti saya tetapi tidak mungkin kepada pemburu buku-buku lama yang sanggup berbuat apa saja semata-mata untuk memiliki buku ini.
Namun, saya tetap bersangka baik. Mungkin harga itu sewajarnya begitu. Maklumlah tempat buku ni dijual pun agak berprestij. Di Amcorp Mall, PJ. Tempat para pemburu antik profesional melepas hajat. Juga tempat pengunjung berpoket tebal menipiskan saku seluar mereka.
Dan saya akhirnya hanya mampu merinduinya saja dalam larut mimpi.
2 ulasan:
Klau mungkin saya ahli sejarah..ya saya beli..hee
Harga tu kat kulit belakang. Kalau bincang elok-elok dengan penjual tu boleh kurang lagi tu. Huhuhu.........
Catat Ulasan