Salam sejahtera buat sahabat semua.
Umumnya ada 3 jenis buku di pasaran. Buku Baru, Buku Terpakai dan juga Buku Nadir.
Buku jenis baru semua orang tahu. Sama ada baru dicetak, baru dijual ataupun belum "dirasmi lagi". Tapi buku terpakai dan buku nadir ada juga yang konfius. Nampak sama tapi kedua-duanya ada bezanya.
Mari kita tengok apa beza ketiga-tiga jenis buku ini;
1. Buku Baru.
- Ada dua jenis : a) Buku Terbaru b) Buku Baru Cetakan Lama
a) Buku Terbaru - Umumya buku cetakan terbaru yang dijual di kedai-kedai buku yang hanya menjual buku-buku baru. Cetakannya mungkin tahun terkini - 2015/2014 ataupun dua tahun ke belakang - 2013/2012. Buku cetakan terbaru ni masih lagi terpampang di rak hadapan ataupun rak utama kedai buku. Boleh dilihat dan dibeli dengan mudah.
b) Buku Baru Cetakan Lama - Buku baru yang dicetak 4,5, 6 ataupun bertahun-tahun ke belakang - 2010, 2009, 2008 contohnya. Ada yang masih terpampang di rak-rak utama kedai buku tapi kebanyakannya sudah tidak kelihatan lagi. Sama ada "lemas" dan terhimpit ditindih buku-buku yang terbaru, dipulangkan semula kepada penerbit ataupun cetakannya sudah sold out.
Kalau buku tu dah dibeli, tapi belum dibaca dan helaiannya pun belum lagi diselak - hatta sekadar dijadikan koleksi mata semata-mata, buku tu tetap dikategori sebagai buku baru. Sebabnya, buku tu masih lagi "suci" dan yang penting masih lagi 100% berkeadaan bagus. Begitulah perkiraan rasmi kepada mana-mana si penjual buku.
Harga buku baru tak jadi masalah. Peniaga tak perlu pening-pening nak fikir berapa harga nak diletak. Mungkin sedikit pening tak boleh nak "pusing-pusing" naik harga macam jual makanan. Sebabnya setiap buku biasanya dah di letak harga kat belakang. Senang nak kira berapa jumlah. Susah kita nak dapat diskaun kalau beli di kedai buku biasa. Kalau nak diskaun giler-giler, kenalah tunggu pesta buku yang Karangkraf, DBP, Utusan Publication, Pesta Buku Kuala Lumpur, MPH Bookstore anjur. Dapatlah diskaun 20%-50%. Kalau diskaun macam tu tak giler lagi, tunggu saja pesta buku Big Bad Wolf setiap hujung tahun di The Mines, Seri Kembangan, Selangor. Pasti teruja sakan dapat diskaun sehingga 95% tu. Sapa nak bagi yer.
2. Buku Terpakai.
Buku yang telah habis dibaca ataupun telah dibaca sebahagiannya, kemudiannya dijual semula kepada mana-mana penjual ataupun pembeli disebut pula sebagai Buku Terpakai. Tidak kiralah buku tu cetakan terkini - Januari 2015 contohnya, tetap juga dipanggil buku terpakai. Hatta buku tu 100% masih kelihatan baru tetap juga terpaksa dilabel sebagai buku terpakai. Apatah lagi kalau buku cetakan lama-lama. Alasannya buku tu telah dipakai. Namapun buku terpakaikan.
Biasanya buku terpakai dapat dikenal melalui fizikalnya. Jika buku tu dah berkedut seribu, ada contengan jiwang-jiwang pula kat helaian dalam, sah itu buku terpakai. Ataupun mungkin nampak baru tapi helaian dalamannya tak sekata lagi. Tak kejap dan rapat-rapat. Sebabnya telah dibelek berulang kali semasa membaca.
Bagaimana pula jika buku tu buku baru dan belum dirasmi lagi, tapi kulit depan dah tercabut, kulit depan berlipat-lipat, ataupun buku tu basah kuyup digenangi air - masih diistilah sebagai buku baru tapi nilainya sudah jatuh. Kepada seorang penjual, ini kenyataan menyedihkan. Buku tu terpaksalah dijual murah-murah. Barangkali sehingga 50% diskaun terpaksa ditawarkan. Dah nasib badan.
Harga buku terpakai bergantung pula pada pekedai ataupun penjual buku. Dia kena tengok modal dia beli berapa. Biasa 30% - 60% dari harga buku. Itupun kena tengok bila tahun terbit. Kalau buku cetakan terbaru, masih panas di pasaran, dapatlah sikit diskaun. Kalau buku lama, mungkin dapat sehingga 60% diskaun.
3. Buku Nadir.
Buku Nadir boleh juga diistilah sebagai rare books. Jika buku terpakai masih berlambak lagi di pasaran, buku nadir sukar lagi kedapatan di pasaran. Buku ini jenis buku lama, lazimnya tak lagi diulang cetak, bahkan ada yang mendefinisikan buku jenis ni buku yang dicetak sebelum 1900. Sangat sedikit dan sukar untuk kita lihat buku jenis ni di pasaran. Kalau adapun, harganya boleh sampai mengempiskan poket kita. Boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit bergantung tahun terbit. Lagi lama terbit, lagi banyak wang kita hangus.
Walaupun harganya boleh melemahkan jantung kita, tapi sangat berbaloi kalau kita dapat buku jenis nadir ni. Kira macam pelaburan barang-barang antiklah. Lagi lama usianya, makin tinggilah sahamnya. Kena pula kita satu-satunya pemilik kepada buku nadir tertentu. Pengumpul buku (book Collector) tak kisah bergolok gadai semata-mata untuk dapatkan buku berharga tersebut daripada anda!
Mahu tengok buku Melayu paling ter"rare/nadir" sebelum abad ke 1900? Jom klik sini.
1 ulasan:
Harrah's Cherokee Casino Hotel - Mapyro
Find Harrah's Cherokee Casino Hotel, profile 원주 출장샵 picture. Find address, phone number, map, reviews, photos, maps, and 전라북도 출장샵 more 하남 출장마사지 for Harrah's Cherokee Casino 충주 출장마사지 Hotel 경산 출장안마
Catat Ulasan