Khamis, 15 Januari 2015

Buku Antik - Hikayat Tanah Besar Melayu - Usia 100 Tahun Lebih

Salam sejahtera buat sahabat semua.

Sejujurnya saya tak pernah  lihat lagi buku di depan mata saya berusia 100 tahun lebih. Paling lamapun buku tahun 50-an. Buku keluaran tahun 60-an, 70-an biasalah pernah lihat. Kurang sedikit rasa teruja sebab masih banyak lagi di pasaran.

Lalu, bila ada seorang kawan baik saya ni tunjuk buku lama, katanya usia 100 tahun lebih, saya jadi sangat teruja. Rasa ingin tahu membuak-buak. Sangat excited orang putih kata. Bukan senang nak jumpa secara real apatah lagi kazanah bernilai tersebut terpempang depan mata - boleh dipegang dan dibelai-belai.



Melihat kepada nilai buku ni - dengan usianya 100 tahun lebih dan isi kandungannya yang menceritakan perihal asal bermula negeri di Tanah Melayu - saya kira harganya tak ternilai dengan wang ringgit.  Jika buku antik berusia seperti ini di luar negeri boleh mencecah harga ratusan ribu ringgit malah jutaan ringgit, saya kira harga puluhan ribu masih berpatutan berbanding dengan usia dan nilai kandungan di  dalamnya.


Muzium Tawar 2K

"Kau jangan jual murah buku ni, Sabri. Kalau tak dapat 20-30 ribu kau jangan jual. Tengok tahun terbit ni dah 100 tahun lebih buku ni," beria-ia saya cuba ingatkan kawan yang saya panggil Sabri ni jangan dijual buku ni sebarangan.


Saya cadangkan dia hubungi wartawan Kosmo ke, Metro Ke, Sinar ke, bagitahu kata ada simpan buku lama. Usia 100 tahun lebih. Boleh wartawan akhbar ni tolong promosi kalau-kalau ada sesiapa yang berminat sanggup tawarkan dengan harga yang meletop-letop.


"Boleh jadi OKB lah lepas ni kau Ri," usik saya memanjang. Kawan saya tu hanya terseyum kelat. Mungkin dia dah berangan-angan jadi OKB lepas ni kot. (Orang Kaya Baru - OKB).   

Selang 2 minggu, Sabri ada bagitau saya dia ada hantar buku ni kat Muzium KL untuk dinilai. Kawan dia ada kerja kat sana. Pegawai muzium kat sana bagitau  pihak muzium sanggup ambil buku tu dengan harga RM2000 jer. Tapi kawan saya tak setuju. Murah katanya.


Saya pun sokong. Saya bagitau jangan dijual. Murah sangat tu.


Selang beberapa bulan, kami bertemu lagi di Kg. Baru, KL. Ditunjuknya buku ni kat saya.

"Kau jual lah buku ni Sham kat internet. Berapa-berapapun pandai-pandailah. Janji 10k ke atas." Saya cuma angguk-anguk dan tanda setuju.  Mana tahu ada  rezeki terpijak melalui buku ni.

 Dan buku antik berusia 100 tahun lebih ni dah ada di depan  mata tuan-puan semua.
 

Hikayat Tanah Besar Melayu.

Alkisahnya buku antik ni berkaitan Hikayat Tanah Besar Melayu. Tulisan Mahmud Ibnu Al- Marhum Syed Abdul Qadir Al-Hindi. Terbitan tahun 1894. Ketebalan 282 halaman. Jika dikira usianya sudah 120 tahun. Senang cerita, lama-tak lama buku ni, hampir 99% dari kita  termasuk warga tua yang hidup ketika ini belum lagi lahir waktu buku ini diterbit. Sangat antik. Tak keterlaluan jika dikatakan kawan saya sangat bertuah dapat memiliki kazanah yang sangat bernilai ni. 


 


















Secara umumnya, buku ni dibahagi kepada beberapa fasal dalam beberapa bab.

Fasal 1: Asal Usul Bangsa Melayu
Fasal 2 : Kedatangan Orang Putih
Fasal 3 : Darihal Negeri- Negeri Tanah Besar Melayu
Fasal 4 :  Darihal Pulau Perak
Fasal 5 : Darihal Negeri-Negeri Orang Putih di Selat Melaka

Bab berikutnya ada ditulis berkaitan dengan Ilmu Peladang. Juga diterangkan sekali bab berkenaan  Ilmu Kira-Kira dan jawapannya sekali.

Bukunya agak lusuh.Berkulit tebal. Kulit depan ada sedikit bekas dimakan anai-anai. Begitu juga beberapa halaman di dalamnya. Helaian di dalamnya ada sedikit terlerai tapi masih baik. Warna kertasnya masih ok. Tak luntur sangat. Secara keseluruhannya masih baik lagi. Sangat bernilai kepada pengumpul tegar buku-buku lama.


Berapa Harga Buku Ni, Tuan?

Oleh kerana saya kira buku ni usianya sangat-sangat lanjut, dan mungkin tak dapat jumpa lagi di pasaran, di tambah pula nilai kandungan maklumatnya yang sangat berharga, saya kira harga yang paling sesuai - RM35k.

Mahal ker. Jangan terkejut bos. Buku dengan usia dan harga sebegini masih lagi murah di negara luar. Di negara kita biasalah. Tak biasa lagi dengan nilai pasaran macam ni. Tak percaya, lihat bukti ni. Cebisan kertas bernilai RM30,000 / Buku antik paling mahal.
 
Buku ni khas untuk PEMINAT TEGAR BUKU ANTIK, PEMINAT BARANG_BARANG LAMA, PIHAK-PIHAK BERWAJIB YANG BERKAITAN atau HARTAWAN YANG SUDI MELABUR UNTUK NILAI TERBAIK DIMASA HADAPAN.

Harga boleh nego. Bukak RM35k. Hanya serahan tangan saja untuk kepuasan maksimun.

Berminat, boleh hubungi Sham - 0172562143.
Boleh juga lihat promosi buku ni di bukumurahpromail.blogspot.com  


14 ulasan:

Unknown berkata...

Salam,

Tuan pernah cuba menjualnya di Perpustakaan Negara Malaysia atau pun Dewan Bahasa dan Pustaka?

Manuskrip ini memang mempunyai nilai yang tinggi dan boleh dikaji secara mendalam.

Jika saya orang yang berduit dah lama saya beli.

Unknown berkata...

Salam tuan.

Pernah tuan bertanya di Perpustakaan Negara Malaysia atau Dewan Bahasa da Pustaka?

Manuskrip ini sangat tinggi nilainya. Jika dikaji secara mendalam sangat menarik.

Jika saya punya wang dah lama saya beli. Saya memang minat dengan manuskrip Melayu lama.

sham berkata...

Terima kasih Cik Shakinah.
itu cadangan bagus. Tak terfikir pulak saya. Maklumkan saya hanya tolong war-warkan. Kena tanya tuan badan dululah. Kalau dia ok, dah PNM sanggup ambil harga berbaloi-baloi, mungkin khazanah ni akan bertukar pemilik.
Insyaalah.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Terlebih dahulu mohon maaf sekadar ingin memberi pandangan.Pada pandangan saya, harga buku yang tuan tawarkan ini agak keterlaluan dan tidak masuk akal bagi jenis buku, kondisi dan tahun terbitannya.

Saya rasakan harga yang ditawarkan muzium sudah patut dengan kondisinya.

Memang benar buku ini nadir (rare) dan sudah menjangkau usia 121 tahun tetapi bukanlah harga rm35k itu kena dengan bukunya. Sekadar perbandingan, banyak antara manuskrip al-quran nusantara beriluminasi (ada hiasan)yang dipamer di muzium-muzium pun tidak terjangkau harga tersebut inikan pula buku hikayat yang bercetak.

Saya boleh kelaskan buku ini sebagai buku nadir bercetak litograf (cetak batu). Ianya satu famili dengan buku hikayat abdullah cetakan 1882 dan hikayat si miskin cetakan 1897 yang masing-masing terjual sekitar harga rm500 ke rm2000.

Sebaiknya, tuan menghantar buku ini kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kerana mereka ada badan penilai dan ada ruang penyimpanan dan pemuliharaan buku nadir. Kondisi buku agak lusuh dan memerlukan pembaikpulihan segera.Lagipula di PNM buku seperti ini boleh dikaji bahkan boleh diterbitkan semula dalam edisi baharu.

Untuk pengetahuan tuan, pengarang buku ini juga pernah menghasilkan kamus mahmudiyah cetakan 1894 (kamus melayu terawal diterbitkan). Kitab ini ada disimpan di perpustakaan UM.

-Pengumpul buku nadir.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kuat berkata...

Salam, saja nak kongsi info, buku termahal di malaysia

http://tuanbri.com/blog/2015/03/buku-hartanah-paling-mahal-di-malaysia/

kuat berkata...

Teruskan usaha mu saudara sham, jalan betol da tu, thorrbaekkk.

kuat berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
kuat berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Sham berkata...

Abdul Aziz,
Terima Kasih atas pandangan tuan. Ini buku bukan saya punya.
Tolong promosi. Nanti saya ajukan cadangan tuan kepada tuan punya
buku. Kalau khazanah ini saya punya, saya tak akan jual. Kecuali
betul-betul ada tawaran menarik. Tapi taklah terfikir sehingga
harga macam ni. Terima kasih.

Sham berkata...

Kuat,
Tq bos. Salam kunjung.

Untethered angel berkata...

Itu bukan manuskrip. Kenali bentuk dan definisi manuskrip yang sebenarnya.

Tanpa Nama berkata...

Bolehkah kita berkawan, tuan? Sbb saya pun baru menceburkan diri dibidang pengumpulan buku lama. Ini nombor telefon sy. Tuan boleh wassap saya jika sudi. Boleh la kita berkongsi pendapat dan sebagainya. 0168909896. Sekian terima kasih