Rabu, 14 Januari 2015

Faktor-Faktor Kerosakan Buku dan Tindakan Pemuliharaan

Salam sejahtera buat sahabat semua.

Anda sayang dan cinta buku? Jagalah ia sebaiknya. Jangan biarkan kazanah bernilai anda rosak dan terjejas kualiti. Walaupun buku boleh dijaga sebaiknya, dan ditatang seperti minyak yang penuh,  atas beberapa faktor buku anda tetap boleh rosak juga. Jadi hati-hatilah dengan penyebabnya. Dan yang penting mesti diketahui penyebabnya. Senang kita elak dan berjaga dari awal-awal lagi.







BAHAN BERCETAK

Terdapat 5 faktor utama yang membawa kerosakan bahan bercetak seperti buku, majalah dan suratkhabar;

1) Ciri bahan perpustakaan 
Kerosakan bahan disebabkan ciri fizikal dan ciri bahan itu sendiri seperti jilidan & kandungan bahan kimia di dalamnya. Setiap bahan mempunyai kitaran hidupnya sendiri kerana bahan-bahan itu bertindak balas dengan alam sekitar sepanjang masa dan menyebabkan bahan-bahan itu menjadi lusuh.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Bahan yang jilidan tidak baik boleh diperbaiki dengan membuat jilitan semula.
- Kandungan asid di dalam bahan boleh dikeluarkan melalui proses penyahasidan.

2) Alam persekitaran
  
2.1) Suhu
- Suhu yang tidak sesuai akan menyebabkan fiber kertas, dakwat, bahan melekit dan sebagainya menjadi lemah, pudar serta hilang sifat aslinya.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Selaraskan suhu yang sesuai antara 15.5-21 C, ia perlu tetap dan berterusan.
- Ruang udara mestilah beredar dam alat pendingin udara sangat perlu bagi penyimpanan.

2.2) Kelembapan 
- Kelembapan yang tinggi akan menyebabkan kertas kembang, bertompok-tompok hitam,
berkulat dan akhirnya reput. Ini disebabkan buku adalah bahan yang mudah diresapi air.
- Kelembapan yang rendah akan menyebabkan kertas kering, menggeleding, merekah dan rapuh.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Menggunakan alat dehumidifier untuk mengawal kelembapan yang di perlukan iaitu
50% RH bagi buku dan 45% RH bagi lukisan.
- Atau menggunakan gel silika (kira-kira 4 paun untuk seluas 4 kaki persegi).
- Alat thermo-hygrograph boleh digunakan untuk mengetahui kadar suhu dan kelembapan 
ruang.

2.3) Cahaya 
- Cahaya mengandungi pancaran ultra ungu dan  kepanasan yang akan melemahkan kekuatan fiber kertas, dakwat, bahan lekit dan sebagainya.
- Cahaya matahari - mengandungi banyak pancaran ultra unggu.
- Cahaya lampu - lampu fluorescent lebih banyak pancaran unltra ungu berbanding lampu
incandescent, tapi lebih panas.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Ruang simpanan yang gelap adalah lebih baik untuk tempat penyimpanan.
- Kalau hendak menggunakan lampu, guna fluorescent kerana kurang panas.
  

2.4) Pencemaran udara

2.4.1.) Debu
- Debu yang berterbangan ditiup angin mengandungi asid, kuman dan kelembapan.
- Apabila melekat pada kertas akan memyebabkan proses kerosakan akan berlaku dalam bentuk tompok-tompok hitam kecil.

2.4.2) Gas 
- Gas sulphur dioksida dari ekzos kenderaan dan serombong kilang-kilang mereputkan kertas.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Menggunakan alat air purifier @ ionizer bagi memerangkap debu & habuk.
- Buku, rak @ ruang almari perlu dibersihkan dari debu.
- Lebih baik membersihkan ruang menggunakan vacum cleaner daripada penggunaan penyapu yang membuat debu berterbangan di udara dan hinggap semula pada rak serta buku.

3.) Perlakuan manusia.
  
3.1) Peyimpanan
- Bahan-bahan seperti klip kertas, pin dan bahan stapler yang ada pada bahan mudah karat 
dan merosakkan kertas.
- Rak-rak / alamari yang berkarat.
- Rak yang rendah dan tajam tepinya akan menyebabkan buku rosak jika di susun condong
dan buku akan terkoyak kerana tajamnya rak itu.
- Cara menyusun buku.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Untuk menanda buku gunakan penanda buku.
- Menggunakan rak yang tahan karat.
- Menyusun bahan dengan baik/tersusun.
  
3.2) Penggunaan
- Cara penggunaan yang salah seperti mambaca sambil makan dan minum, membuat catatan
di atas buku, meletakkan tangan di atas buku yang dibaca/rujuk dan menanda buku dengan melipat halaman.

3.3) Pameran 
- Semasa pameran, udara di dalam meja / almari tidak dapat keluar menyebabkan udara
lebih panas / kering @ lebih lembab berbanding udara luar
- Wap panas dan pancaran cahaya ultra ungu melemahkan fiber kertas.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Meja/almari perlu ada ruang suapaya udara boleh beredar.
- Suhu dan kelembapan perlu di pantau.
- Penggunaan lampu yang tidak menumpu pada bahan.
- Elak pamer dalam tempoh yang lama.
- Ruang perlu ada pendingin udara.
  
3.4 Penyalinan 
- Tidak cermat semasa membuat penyalinan.
- Cahaya dan suhu panas mesin fotokopi menyebabkan kertas dan dakwat menjadi rosak.

4. Haiwan / serangga perosak 
- Serangga seperti lipas, anai-anai, silverfish dan tikus.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Mengawal serangga dengan membuat pewasapan.

5. Bencana alam
- Banjir dan kebakaran juga merosakkan buku.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Mengawal kebakaran dengan menggunakan alat pengesan kebakaran @ smoke detector.


BAHAN TIDAK BECETAK.

Faktor kerosakan :-
- Cara proses yang tidak betul menyebabkan imej tidak dapat diperolehi dengan baik.
- Cara penyimpanan - tidak boleh kelembapan tinggi- tidak lebih 50% RH.
- Suhu yang tidak stabil/selaras.
- Sulfur dioksida dan hidrogen sulfur boleh merosakkan.
- Penggunaan yang tidak cermat.
- Kerosakan oleh api @ air.


Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Bilik perlu berhawa dingin 24 jam.
- Peratus kelembapan dikawal ke tahap diantara 40%RH-50%.
- Suhu antara 15-20 C.
- Menggunakan kabinet yang fireproof dan dushproof serta cat yang tidak melekit.
- Rekabentuk kabonet yang membenarkan udara di dalam laci dan bahagian lain boleh beredar.
- Simpan master copy dengan baik.
- Menggunakan sarung tangan untuk elak peluh, tangan berminyak dan lain-lain.
- Elakkan menyentuh imej pada mikrofilem


Sumber : Bahagian Pemuliharaan, PNM

Tiada ulasan: