Memaparkan catatan dengan label Dunia Penulis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dunia Penulis. Papar semua catatan

Isnin, 9 Jun 2014

Syarat Wajib Menjadi Penulis Cemerlang

Salam sejahtera buat sahabat semua.


Business Hand Writing, Thank You Stock Photo


Menulis itu seronok. Bukan pada semua orang tapi kepada mereka yang betul-betul ada bakat dan minat mendalam. Kita gembira bila entri kita siap tertulis. Tidak kira atas wadah apa sekalipun tulisan kita dijelmakan - baik di blog, akhbar harian atau dalam bentuk buku, kita sememangnya mengharapkan tulisan kita dibaca, dkritik, diulas dan di buat salinan (secara sah) oleh pembaca. Tanpa pembaca, apalah maknanya sebuah entri kita.

Walaupun menulis itu tidaklah sesukar yang kita bayangkan, tapi kita tidak boleh terjun secara sembrono dalam planet tulisan. Ada langkah yang perlu diikut, ada bahan yang perlu disedia, ada ilmu yang perlu dikhatam dan ada sesuatu yang perlu dikorbankan. Itulah acuan yang boleh menjadikan seseorang penulis berada di kelas tersendiri.


Syarat wajib menjadi penulis cemerlang.

1. Minat yang mendalam.
- Bila minat, apa yang kita buat bukan lagi satu kerja tapi satu hobi. Dan setiap hobi sesuatu yang amat mengujakan.

2. Bakat yang terpendam.
- Cuba menulis dulu. Jika idea kita bertambah lancar, maknanya kita ada bakat terpendam. Cungkilkan segera sebelum bakat kita berkarat.

3. Perlu ada buku yang berkaitan dengan penulisan.
- Banyak buku tentang penulisan di pasaran. Laburkan sedikit modal dan praktikkan apa yang dicadangkan oleh sang penulis. Insyaallah kita boleh berjaya seperti mereka.

4. Kamus Besar Bahasa Melayu Utusan
- Jika kira keliru makna sesuatu perkataan, atau ketepatan penggunaan sesuatu perkataan, kamus ini boleh membantu.

5. Kamus Sinonim - Antonim KBSM Utusan
- Untuk mencari makna perkataan yang sama atau yang berlawanan, kamus ini juga boleh membantu.

7. Nota catatan harian
- Idea datang tidak menentu. Selalunya idea yang datang secara rambang ini ada nilai. Jadi, perlu sediakan nota catatan untuk mencatit apa saja idea yang terlintas di hati.

8. Selalu membaca
- Penulis wajib membaca. Daripada membaca, banyak info dan ilmu yang dapat kita gali untuk dijadikan modal tulisan.

9. Bookmark portal rujukan yang berwibawa - Wikipedia contohnya.
Tulisan tanpa rujukan (isu-isu tertentu) dibimbangi akan "tersesat" dan hilang wibawa. Cari portal yang bagus seperti utusan online, berita harian online, Malaysiakini, wikipedia berbahasa Melayu dan beberapa portal lagi.

10. Terus menulis.
Ada minat, ada bakat dan ada buku tentang penulisan tidak akan membawa apa-apa nilai jika kita masih termanggu-manggu di garisan mula. Mulakan langkah sekarang tanpa "tapi-tapi" jika kita teringin menjadi penulis cemerlang di masa mendatang.

Jika kita ingin serius menulis, syarat-syarat ini tidak dapat tidak perlu diikuti. Semuanya bergantung kepada kita. Tepuk dada tanya selera.

Berselerakah kita jika digelar penulis cemerlang?

Jumaat, 9 Mei 2014

Kerana Blog, Kena Sebat 1,000 Kali, 10 Tahun Penjara

Salam sejahtera buat semua.

Menulis menulis juga. Etika kena jaga. Memang syok menulis. Semua idea kita boleh curah. Boleh kongsi. Tapi kalau terlampau bebas sangat, sampai menyentuh sensiviti agama, memang cari nahas la jawabnya.

Semalam, seorang penulis blog kena sebat 1,000 kali termasuk 10 tahun penjara. Kejadian berlaku di Arab Saudi bila sebuah mahkamah di sana menjatuhkan hukuman sedemikian kepada Raef kerana didapati bersalah mewujudkan rangkaian liberal secara dalam talian serta menghina Islam.

Tak cukup kena penjara dan sebat, Raef diarah pula membayar denda AS$266,000 (RM862,000). Memanglah malang nasib si Raef ni.



 Raef


Sekali fikir, kita pun pelik kenapa hukuman di Arab Saudi ni melampau-lampau. Sampai 1,000 kali sebat. 100 kali pun dah kira munasabah. Ini 1,000 kali. Gerun nak bayangkan masa Raef ni kena  sebat. Tak tahulah mahkamah di sana niat untuk didik masyarakat atau untuk lepas geram. Kita hormat jer lah apa-apa pun keputusan meraka. Mungkin mereka ada justifikasi berbuat demikian.

Satu pengajaran penting, kepada Raef termasuk juga kepada blogger di Malaysia, jagalah etika penulisan di blog. Menulis kena jujur dan kena ada integriti.Jangan sampai penulisan kita menyentuh sensiviti agama, kaum dan yang penting sekali tulisan kita mesti beradab dan ada tatasusila.

Ok.   

Berita lanjut, baca kat sinar harian online.