Memaparkan catatan dengan label Info Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Buku. Papar semua catatan

Khamis, 22 Januari 2015

Beza Buku Baru, Buku Terpakai dan Buku Nadir

Salam sejahtera buat sahabat semua.

Umumnya ada 3 jenis buku di pasaran. Buku Baru, Buku Terpakai dan juga Buku Nadir.

Buku jenis baru semua orang tahu. Sama ada baru dicetak, baru dijual ataupun belum "dirasmi lagi". Tapi buku terpakai dan buku nadir ada juga yang konfius. Nampak sama tapi kedua-duanya ada bezanya.

Mari kita tengok apa beza ketiga-tiga jenis buku ini;

1. Buku Baru.
- Ada dua jenis : a) Buku Terbaru  b) Buku Baru Cetakan Lama

a) Buku Terbaru - Umumya buku cetakan terbaru yang dijual di kedai-kedai buku yang hanya menjual buku-buku baru. Cetakannya mungkin tahun terkini - 2015/2014 ataupun dua tahun ke belakang - 2013/2012. Buku cetakan terbaru ni masih lagi terpampang di rak hadapan ataupun rak utama kedai buku. Boleh dilihat dan dibeli dengan mudah.

b) Buku Baru Cetakan Lama - Buku baru yang dicetak 4,5, 6 ataupun bertahun-tahun ke belakang - 2010, 2009, 2008 contohnya. Ada yang masih terpampang di rak-rak utama kedai buku tapi kebanyakannya sudah tidak kelihatan lagi. Sama ada "lemas" dan terhimpit ditindih buku-buku yang terbaru, dipulangkan semula kepada penerbit  ataupun cetakannya sudah sold out.

Kalau buku tu dah dibeli, tapi belum dibaca dan helaiannya pun belum lagi diselak - hatta sekadar dijadikan koleksi mata semata-mata,  buku tu tetap dikategori sebagai buku baru. Sebabnya, buku tu masih lagi "suci" dan yang penting masih lagi 100% berkeadaan bagus. Begitulah perkiraan rasmi kepada mana-mana si penjual buku.  

Harga buku baru tak jadi masalah. Peniaga tak perlu pening-pening nak fikir berapa harga nak diletak. Mungkin sedikit pening tak boleh nak "pusing-pusing" naik harga macam jual makanan. Sebabnya setiap buku biasanya dah di letak harga kat belakang. Senang nak kira berapa jumlah. Susah kita nak dapat diskaun kalau beli di kedai buku biasa. Kalau nak diskaun giler-giler, kenalah tunggu pesta buku yang Karangkraf, DBP, Utusan Publication, Pesta Buku Kuala Lumpur, MPH Bookstore anjur. Dapatlah diskaun 20%-50%. Kalau diskaun macam tu tak giler lagi, tunggu saja pesta buku Big Bad Wolf setiap  hujung tahun di The Mines, Seri Kembangan, Selangor. Pasti teruja sakan dapat diskaun sehingga 95% tu. Sapa nak bagi yer.  




2. Buku Terpakai.  
Buku yang telah habis dibaca ataupun telah dibaca sebahagiannya, kemudiannya dijual semula kepada mana-mana penjual ataupun pembeli disebut pula sebagai Buku Terpakai. Tidak kiralah buku tu cetakan terkini - Januari 2015 contohnya, tetap juga dipanggil buku terpakai. Hatta buku tu 100% masih kelihatan baru tetap juga terpaksa dilabel sebagai buku terpakai. Apatah lagi kalau buku cetakan lama-lama. Alasannya buku tu telah dipakai. Namapun buku terpakaikan. 

Biasanya buku terpakai dapat dikenal melalui fizikalnya. Jika buku tu dah berkedut seribu, ada contengan jiwang-jiwang pula kat helaian dalam, sah itu buku terpakai. Ataupun mungkin nampak baru tapi helaian dalamannya tak sekata lagi. Tak kejap dan rapat-rapat. Sebabnya telah dibelek berulang kali semasa membaca.

Bagaimana pula jika buku tu buku baru dan belum dirasmi lagi, tapi kulit depan dah tercabut, kulit depan berlipat-lipat,  ataupun buku tu basah kuyup digenangi air - masih diistilah sebagai buku baru tapi nilainya sudah jatuh. Kepada seorang penjual, ini kenyataan menyedihkan. Buku tu terpaksalah dijual murah-murah. Barangkali sehingga 50% diskaun terpaksa ditawarkan. Dah nasib badan.

Harga buku terpakai bergantung pula pada pekedai ataupun penjual buku. Dia kena tengok modal dia beli berapa. Biasa 30% - 60% dari harga buku. Itupun kena tengok bila tahun terbit. Kalau buku cetakan terbaru, masih panas di pasaran, dapatlah sikit diskaun. Kalau buku lama, mungkin dapat sehingga 60% diskaun.




3. Buku Nadir.
Buku Nadir boleh juga diistilah sebagai rare books. Jika buku terpakai masih berlambak lagi di pasaran, buku nadir sukar lagi kedapatan di pasaran. Buku ini jenis buku lama, lazimnya tak lagi diulang cetak, bahkan ada yang mendefinisikan buku jenis ni buku yang dicetak sebelum 1900.  Sangat sedikit dan  sukar untuk kita lihat buku jenis ni di pasaran. Kalau adapun, harganya boleh sampai mengempiskan poket kita. Boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit bergantung tahun terbit. Lagi lama terbit, lagi banyak wang kita hangus.

 Walaupun harganya boleh melemahkan jantung kita, tapi sangat berbaloi kalau kita dapat buku jenis nadir ni. Kira macam pelaburan barang-barang antiklah. Lagi lama usianya, makin tinggilah sahamnya. Kena pula kita satu-satunya pemilik kepada buku nadir tertentu. Pengumpul buku (book Collector) tak kisah bergolok gadai semata-mata untuk dapatkan buku berharga tersebut daripada anda!      





Mahu tengok buku Melayu paling ter"rare/nadir" sebelum abad ke 1900? Jom klik sini.

Rabu, 14 Januari 2015

Faktor-Faktor Kerosakan Buku dan Tindakan Pemuliharaan

Salam sejahtera buat sahabat semua.

Anda sayang dan cinta buku? Jagalah ia sebaiknya. Jangan biarkan kazanah bernilai anda rosak dan terjejas kualiti. Walaupun buku boleh dijaga sebaiknya, dan ditatang seperti minyak yang penuh,  atas beberapa faktor buku anda tetap boleh rosak juga. Jadi hati-hatilah dengan penyebabnya. Dan yang penting mesti diketahui penyebabnya. Senang kita elak dan berjaga dari awal-awal lagi.







BAHAN BERCETAK

Terdapat 5 faktor utama yang membawa kerosakan bahan bercetak seperti buku, majalah dan suratkhabar;

1) Ciri bahan perpustakaan 
Kerosakan bahan disebabkan ciri fizikal dan ciri bahan itu sendiri seperti jilidan & kandungan bahan kimia di dalamnya. Setiap bahan mempunyai kitaran hidupnya sendiri kerana bahan-bahan itu bertindak balas dengan alam sekitar sepanjang masa dan menyebabkan bahan-bahan itu menjadi lusuh.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Bahan yang jilidan tidak baik boleh diperbaiki dengan membuat jilitan semula.
- Kandungan asid di dalam bahan boleh dikeluarkan melalui proses penyahasidan.

2) Alam persekitaran
  
2.1) Suhu
- Suhu yang tidak sesuai akan menyebabkan fiber kertas, dakwat, bahan melekit dan sebagainya menjadi lemah, pudar serta hilang sifat aslinya.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Selaraskan suhu yang sesuai antara 15.5-21 C, ia perlu tetap dan berterusan.
- Ruang udara mestilah beredar dam alat pendingin udara sangat perlu bagi penyimpanan.

2.2) Kelembapan 
- Kelembapan yang tinggi akan menyebabkan kertas kembang, bertompok-tompok hitam,
berkulat dan akhirnya reput. Ini disebabkan buku adalah bahan yang mudah diresapi air.
- Kelembapan yang rendah akan menyebabkan kertas kering, menggeleding, merekah dan rapuh.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Menggunakan alat dehumidifier untuk mengawal kelembapan yang di perlukan iaitu
50% RH bagi buku dan 45% RH bagi lukisan.
- Atau menggunakan gel silika (kira-kira 4 paun untuk seluas 4 kaki persegi).
- Alat thermo-hygrograph boleh digunakan untuk mengetahui kadar suhu dan kelembapan 
ruang.

2.3) Cahaya 
- Cahaya mengandungi pancaran ultra ungu dan  kepanasan yang akan melemahkan kekuatan fiber kertas, dakwat, bahan lekit dan sebagainya.
- Cahaya matahari - mengandungi banyak pancaran ultra unggu.
- Cahaya lampu - lampu fluorescent lebih banyak pancaran unltra ungu berbanding lampu
incandescent, tapi lebih panas.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Ruang simpanan yang gelap adalah lebih baik untuk tempat penyimpanan.
- Kalau hendak menggunakan lampu, guna fluorescent kerana kurang panas.
  

2.4) Pencemaran udara

2.4.1.) Debu
- Debu yang berterbangan ditiup angin mengandungi asid, kuman dan kelembapan.
- Apabila melekat pada kertas akan memyebabkan proses kerosakan akan berlaku dalam bentuk tompok-tompok hitam kecil.

2.4.2) Gas 
- Gas sulphur dioksida dari ekzos kenderaan dan serombong kilang-kilang mereputkan kertas.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Menggunakan alat air purifier @ ionizer bagi memerangkap debu & habuk.
- Buku, rak @ ruang almari perlu dibersihkan dari debu.
- Lebih baik membersihkan ruang menggunakan vacum cleaner daripada penggunaan penyapu yang membuat debu berterbangan di udara dan hinggap semula pada rak serta buku.

3.) Perlakuan manusia.
  
3.1) Peyimpanan
- Bahan-bahan seperti klip kertas, pin dan bahan stapler yang ada pada bahan mudah karat 
dan merosakkan kertas.
- Rak-rak / alamari yang berkarat.
- Rak yang rendah dan tajam tepinya akan menyebabkan buku rosak jika di susun condong
dan buku akan terkoyak kerana tajamnya rak itu.
- Cara menyusun buku.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Untuk menanda buku gunakan penanda buku.
- Menggunakan rak yang tahan karat.
- Menyusun bahan dengan baik/tersusun.
  
3.2) Penggunaan
- Cara penggunaan yang salah seperti mambaca sambil makan dan minum, membuat catatan
di atas buku, meletakkan tangan di atas buku yang dibaca/rujuk dan menanda buku dengan melipat halaman.

3.3) Pameran 
- Semasa pameran, udara di dalam meja / almari tidak dapat keluar menyebabkan udara
lebih panas / kering @ lebih lembab berbanding udara luar
- Wap panas dan pancaran cahaya ultra ungu melemahkan fiber kertas.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Meja/almari perlu ada ruang suapaya udara boleh beredar.
- Suhu dan kelembapan perlu di pantau.
- Penggunaan lampu yang tidak menumpu pada bahan.
- Elak pamer dalam tempoh yang lama.
- Ruang perlu ada pendingin udara.
  
3.4 Penyalinan 
- Tidak cermat semasa membuat penyalinan.
- Cahaya dan suhu panas mesin fotokopi menyebabkan kertas dan dakwat menjadi rosak.

4. Haiwan / serangga perosak 
- Serangga seperti lipas, anai-anai, silverfish dan tikus.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Mengawal serangga dengan membuat pewasapan.

5. Bencana alam
- Banjir dan kebakaran juga merosakkan buku.

Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Mengawal kebakaran dengan menggunakan alat pengesan kebakaran @ smoke detector.


BAHAN TIDAK BECETAK.

Faktor kerosakan :-
- Cara proses yang tidak betul menyebabkan imej tidak dapat diperolehi dengan baik.
- Cara penyimpanan - tidak boleh kelembapan tinggi- tidak lebih 50% RH.
- Suhu yang tidak stabil/selaras.
- Sulfur dioksida dan hidrogen sulfur boleh merosakkan.
- Penggunaan yang tidak cermat.
- Kerosakan oleh api @ air.


Tindakan pemuliharaan / pencegahan :-
- Bilik perlu berhawa dingin 24 jam.
- Peratus kelembapan dikawal ke tahap diantara 40%RH-50%.
- Suhu antara 15-20 C.
- Menggunakan kabinet yang fireproof dan dushproof serta cat yang tidak melekit.
- Rekabentuk kabonet yang membenarkan udara di dalam laci dan bahagian lain boleh beredar.
- Simpan master copy dengan baik.
- Menggunakan sarung tangan untuk elak peluh, tangan berminyak dan lain-lain.
- Elakkan menyentuh imej pada mikrofilem


Sumber : Bahagian Pemuliharaan, PNM

Khamis, 1 Mei 2014

Kenali 6 Penyakit Ketagih Buku

Salam buat semua.

Sebut pasal ketagih, kita selalu fikir ketagih ni ada sangkut paut dengan benda-benda tak baik. Benda-benda lagha. Kalau dia tu kaki mabuk, dia tentu ketagih arak. Kalau kaki judi, dia tentu ketagih main nombor. Kalau kaki perempuan, paham-pahamlah. Tebuk "mahkota" perempuan lah kerjanya. Lagi lah ketagih. Paling tidak pun, kalau yang lagha sikit, mungkin dia kaki internet. Tentulah dia ketagih main game ke, layan facebook ker.

Oklah. Tapi jangan terkejut pulak. Buku pun ada kaki jugak. Jadilah ketagih buku. Abang sikit pada ulat buku. Dalam bahasa saintifiknya disebut biblioholik. Yang lebih teruk, dari buku, timbul macam-macam penyakit. Penyakit-penyakit pelik yang bila kita dengarpun rasa macam nak gelak jer. 


ilustrasi : pinjam http://oranghebatmelebat.blogspot.com


Jom kita berkenalan dengan si biblioholik ni.


 6 Penyakit Ketagih Buku

1. Bibliofil (cinta buku).
Beli buku untuk baca, tapi dalam masa yang sama dia suka buat koleksi. Bukan sikit-sikit tapi dalam jumlah yang tak tercapai dek akal.

2.  Bibliomania (gila buku).
Beli buku bukan untuk baca tapi saja-saja buat koleksi.Dia rasa teruja yang amat bila tengok koleksi buku dia menimbun-nimbun banyaknya.

3. Bibliotaf (bibliotaph).
Bukan setakat baca, buat koleksi tapi sampai sanggup dia minta bukunya dikuburkan sekali dengan dirinya bila dia meninggal dunia kelak. Sebab dia percaya masa depan manusia akan selamat jika sekiranya bukunya turut selamat dari dieksploitasi oleh pemerintah masa tu.

4. Bibliokas (bibliocast).
Penyakit ni lain sikit. Dia suka membaca tapi dalam masa  yang sama dia lagi suka bagi buku hancur. Samaada dia hancur kasi lumat, ataupun dia koyak sikit-sikit. Kalau kita pun ada perangai macam ni, bila ke perpustakaan, suka koyak mana-mana halaman yang menarik, ada la tu tanda-tanda kita seorang bibliokas.

5. Biblionarsisis (biblionarcissist)
Penyakit ni paling ramai penghidap. Kalau anda penggemar buku, mungkin tanpa sedar anda juga seorang biblionarsisis. Kalau tak langsung, mungkin kena sipi-sipi. Biblionarsisis ni gemar buat koleksi buku : ensiklopedia yang diletak dalam almari khusus. Tujuannya satu. Dia nak bergaya dan berlagak dengan koleksi bukunya yang banyak dan canggih manggih tu.

6. Bibliofagi (Bibliophagy). 
 Dalam ramai-ramai biblioholik, ini yang paling teruk sekali. Setakat baca oklah. Ini sanggup dimakan sekali buku tu. Tak ke gila namanya. Mungkin dia tengok buku tu gebu dan lazat macam Pizza Hut mana tau. Tapi jangan terkejut kalau ada orang sanggup lakukan benda tak masuk akal ni. Buku yang dia rasa bagus tu dia bakar, abu dari buku tu dia campur dalam minuman dan dia minum air tu dengan harapan ilmu dalam buku tu resap terus dalam otak. Macam-macam lah.


Oklah. Kalau anda seorang ulat buku, jadilah ulat buku yang bagus. Teruskan. Itu bagus. Tapi janganlah  ketagih sampai jadi biblioholik pulak. Susah nak cari ubat tu.


------------------------
Shafizu
Online Book Dealer