Salam sejahtera buat sahabat semua.
Bila banjir besar melanda Manek Urai, Kelantan baru-baru ini, ramai penghuni yang terlibat dengan banjir menangis sedih. Sedih bukan sebarang sedih. Sedih hingga hilang kata-kata. Kenapa tidak. Kalau semua harta benda musnah ditenggelami banjir. Lagi sedih bila rumah yang jadi tempat berlindung sejak sekian lama lenyap tidak bersisa. Hanya tinggal tiang saja.
Bila rumah tenggelam nampak bumbung aja, almaklum semua barang kat dalam dan luar rumah habis tenggelam sama. Kereta, motor, peti sejuk, mesin basuh, perabut, tv, tilam termasuk semua bahan bacaan hampir pasti rosak teruk. Rosak bila lemas terperap dalam air lumpur berhari-hari. Kalaupun masih boleh diguna, itu kira bertuah sangat. Barang-barang elektrik, termasuk kereta, motor boleh lagi dijemur hingga kering. Lepas kering, cuba pasang semula. Badan tidak terjejas. Kalau rosak pun cuma wayar-wayar kat dalam tu merajuk barangkali bila tak tahan sejuk, lenjun terendam air. Itu pun masih boleh berfungsi jika kena jampi dengan tukang baiki yang handal.
Begitu juga dengan kain baju. Rasa tak jadi masalah sangat bila jadi mangsa banjir. Masih boleh dibasuh dan dijemur hingga kering semula. Dah kering, pakai balik. Cuma, kalau kain baju yang jenama top-top, mungkin ada kesan sikitlah. Serinya dah hilang sikit.
Itu kalau rumah yang setakat tenggelam banjir saja. Kalau rumah yang musnah teruk - tenggelam menyembah bumi, hanyut tanpa dikesan, hatta yang tinggal tiang saja, gerentilah semua barang kat rumah tu dah jadi arwah! Reda jelah.
Kalau mangsanya bernama "buku", bagaimana?
Hampir pasti ini kali terakhir "sang buku" menghirup udara segar. Penghujung ceritanya, samaada tukang belanya sudah bertukar tangan - dibela sang penjual besi buruk, sang penjaga pusat kitar semula, sang pembaca yang obses dengan buku lelong - ataupun lebih sadis, sang buku sudah bersemadi bersama-sama kawan baru dalam bekas pengumpul sampah. Kalaupun sang pemilik asal masih ada rasa simpati, mungkin buku-buku yang masih ada nilai dan berharga, tetap akan disimpan rapi dalam jagaan.
Kepada kawan-kawan buku yang belum diuji dengan basahan banjir, jangan tergelak. Anda barangkali jadi mangsa seterusnya. Nasib anda mungkin lebih buruk.
Kita tengok apa jadi kepada mereka usai lenjun disiram banjir.
1. Jika anda buku baru, nilai jualan anda sudah menurun 50%. Kalau sebelum ni harga anda RM20, bila dah basah, ada kesan air yang teruk, harga diri anda sudah jadi RM10.
2. Kalau anda buku terpakai, dan ada nilai tinggi, mungkin masih boleh dijual tinggi. Tapi kalau buku biasa-biasa lambatlah bertukar tangan. Harga jual buku terpakaipun dah separuh harga. Kalau basah terkena air, teruk pulak tu, tak tahulah berapa lagi harga diri anda. Itu kalau fizikal anda masih ok-ok. Kalau dah lusuh sana - lusuh sini sebelum terkena air banjir, alamak kalau terendam dalam banjir berhari-hari jawapnya lunyai tak bersisalah.
3. Kalau anda sekadar dibaca dan disimpan, terpulang pada tuan anda lah. Kalau anda pandai buat tuan anda jatuh hati, anda beruntung. Anda tetap dijemur kering. Lepas tu disimpan cantik di atas rak semula. Anda sangat bertuah punya tuan baik hati.
4. Kalau anda sekadar memenuh rak, nasib anda hampir pasti. Kalau tak "diusir" ke kedai besi buruk, anda tetap dihumban ke bekas sampah. Menangislah anda sorang-sorang.
Begitulah alkisah si malang bernama buku.Saat tubuh anda mekar, segar, mantap, anda digila-gilai. Tapi bila jasad anda tercalit lumpur, lembap, layu dan relai, anda dipingir-pinggiri.
Sabarlah wahai sang buku!
Memaparkan catatan dengan label Cakap-Cakap Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cakap-Cakap Buku. Papar semua catatan
Jumaat, 9 Januari 2015
Rabu, 11 Jun 2014
Jangan Pinggirkan Sahabat Bernama “Buku” !
Salam sejahtera buat sahabat semua.
Kalau kita nak catatkan faedah dari pembacaan buku tak
tercatat kita. Banyak. Sangat banyak. Kerana banyak kelebihan hanya dari sebuah
buku, itu agaknya si ulat buku tegar agak ralit dengan buku di tangan. Tidak
boleh berenggang walau sekejap. Orang kata makan berulamkan buku, tidur berbantalkan
buku, mandi bersiramkan buku. Setiap masa teringatkan buku. Termimpi-mimpikan
buku dan terindu-rindukan buku.
Siapa boleh nafi buku boleh jadi teman pendamping waktu kita
sunyi dan berseorangan. Teman pengubat sedih waktu kita berduka, teman petunjuk
jalan waktu kita tersasar arah, teman
perungkai jawapan ketika kita tercengang
hilang punca, teman penyuntik semangat saat kita diasak seribu satu masalah.
Buku adalah segala-galanya.
Jika buku boleh jadi sahabat setia, kenapa kita pinggirkan
“mereka”. Tidak sudikah kita berkawan dengan “mereka”. Mereka boleh jadi
sahabat kita. Percayalah. Sahabat yang
bersedia bersama dikala kita senang bahkan saat kita rebah sekalipun, buku akan
jadi penyelamat memimpin tangan kita
melewati ranjau yang penuh berliku di hadapan.
Dalam buku motivasi terkenal “Jangan Bersedih” karya Aidh
Abdullah Al-Qarni, tokoh terkenal ini mencatatkan beberapa faedah yang kita
boleh dapat dari membaca dan menelaah. Amat menarik sekali pandangan beliau.
1.Membaca dapat menghalau perasaan was-was, cemas dan sedih.
2.Membaca dapat menghindarkan seseorang supaya tidak
tenggelam dalam hal-hal batil.
3.Membaca dapat menjauhkan kemungkinan seseorang untuk
berhubungan dengan
orang-orang yang menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan.
4. Membaca dapat membiasakan lidah untuk bercakap dengan
baik, menjauhkan kesalahan ucapan, dan menghiasinya dengan sastera dan
kefasihan.
5. Membaca dapat mengembangkan akal, mencerahkan fikiran,
dan membersihkan hati nurani.
6.Membaca dapat meningkatkan ilmu dan mengembangkan daya
ingatan dan pemahaman.
7.Dengan membaca orang dapat mengambil pengajaran dari
pengalaman orang lain, kebijaksanaan dari kalangan manusia yang bijaksana dan
pemahaman para ulama.
8. Mematangkan kemampuan seseorang untuk mencari dan
memproses pengetahuan, untuk mempelajari bidang-bidang ilmu yang berbeza dan
penerapannya dalam hidup yang nyata.
9. Menambah keimanan khususnya ketika membaca buku-buku
karangan muslimin. Sebab buku merupakan pemberi nasihat yang paling mulia,
pendorong jiwa yang paling besar dan penyuruh kepada kebaikan yang peling
bijaksana.
10.Membaca dapat membantu fikiran supaya lebih tenang
membuat hati supaya lebih terarah dan memanfaatkan waktu supaya tidak terbuang
sia-sia.
11. Membaca dapat membantu memahami proses pemilihan “kata”
secara lebih terperinci pembentukan ‘kalimah’ untuk menangkap konsep dan untuk
memahami apa yang berada di sebalik tulisan.
Jadi, jika begitu banyak sekali kelebihan dari pembacaan sebuah
buku, apa tunggu lagi, ambillah sebuah buku, belek helaiannya satu-persatu dan
tekuninya hingga hati kita betul-betul
akrab dan seronok berdamping dengan sahabat baru kita itu.
RM630 Untuk Buku ini. Ada Berani?
Salam sejahtera buat sahabat semua.
Ini dia salah satu buku lama. Judulnya "Chara Pemerentahan Tanah Melayu". Usianya sudah hampir-hampir memasuki era antik. Terbitan tahun 1963 kalau tidak silap. Sudah lebih 50 tahun umurnya di dunia. Kalau diukur dengan umur manusia, sudah hampir-hampir pencen. Saya agak minat buku ni. Bukan kerana isinya sangat tetapi kerana "usia emasnya". Sudah tentu isi kandungan dan rekabentuk kulitnya semakin tidak menggiurkan kerana kemenopausesannya, tetapi hanya kerana ke"rare"rannya, nilainya akan sentiasa meningkat dan terus meningkat hingga di luar jangka.
Tetapi semangat saya yang mengebu-gebu untuk memiliki buku ini hancur luluh dan remuk redam bila saja saya lihat harganya yang tertera di kulit belakang. Memang terkejut tahap kingkong. Ada ke patut harganya sehingga RM600 lebih. Hilang akal barangkali. Walaupun buku ini agak antik dan ada nilai "rare" dan sewajarnya dinilai dengan harga yang tinggi, tetapi saya fikir harga RM600 lebih - tidak sepadan dengan usianya yang hanya baru menjengah setengah abad - yang diletakkan penjual itu agak kejam. Sangat kejam barangkali kepada orang yang kempis poket seperti saya tetapi tidak mungkin kepada pemburu buku-buku lama yang sanggup berbuat apa saja semata-mata untuk memiliki buku ini.
Namun, saya tetap bersangka baik. Mungkin harga itu sewajarnya begitu. Maklumlah tempat buku ni dijual pun agak berprestij. Di Amcorp Mall, PJ. Tempat para pemburu antik profesional melepas hajat. Juga tempat pengunjung berpoket tebal menipiskan saku seluar mereka.
Dan saya akhirnya hanya mampu merinduinya saja dalam larut mimpi.

Ahad, 18 Mei 2014
Vincente - Penjenayah Buku Paling Kejam
Salam untuk semua.
“Manusia, cepat atau lambat tetap akan mati juga. Manakala
buku yang bagus mesti dijaga dengan baik buat selama-lamanya”.
Itu kata-kata terkenal, yang diucap penuh bangga Don Vincente ketika ditanya hakim kenapa dia sanggup membunuh kerana buku.
Kerana itu lahirlah gelaran Bibliokriminil yang merujuk
kepada penjenayah buku sadis. Dan kesadisan Vincente terpahat dalam sejarah
yang menyaksikan tangannya berlumuran dengan darah beberapa orang mangsanya.
Dan semuanya kerana buku. Ya, kerana BUKU semata.
Dikhabarkan 8 orang terbunuh di tangan Vincente. Semuanya bermula selepas saja acara pelelongan sebuah buku nadir berusia tiga setengah abab : Furse Ordinations de Valencia pada tahun 1836 berakhir. Vincente bagaimanapun kalah dalam bidaan yang dimenangi oleh Agustino Patxot, pemilik sebuah toko buku lain.
Disebabkan amarah yang memuncak kerana gagal memiliki buku itu, dia telah bertindak membakar rumah Patxot yang turut membunuh sama pemilik toko buku tersebut. Beberapa orang lagi yang ada kaitan dengan buku pula mati secara misteri di sekeliling kota Barcelona.
Polis mengesyaki Vincente terlibat. Bila polis menggeledah rumahnya, terjumpa bukti penting yang Vicente tidak boleh nafikan lagi. Buktinya, buku kontroversi tersebut - Furse Ordinations turut dijumpai bersamanya. Hanya kerana sebuah buku, Vincente terpaksa menerima hakikat terpaksa merengkok di sebalik jeriji penjara.
Kalau anda nak rasa feel baca kisah sebenar Don Vincente, carilah buku Shaharom TM Sulaiman.Tajuknya "Keanihan dan Keunggulan Buku". Saya olah sikit-sikit jer pakai ayat sendiri. Janji orang tahu dalam dunia ni tiada benda yang mustahil. Hatta buku yang dikaitkan dengan individu berilmu, matang, berfikiran jauh pun sanggup buat perkara di luar dugaan bila nafsu merajai.
Hatta jika tak sampai bertindak luar dugaan sehingga membunuh sekalipunpun, pemuja dan pengobses buku memang sukar difahami.
Jika berkenan saja sesuatu buku, apatahlagi buku tersebut buku nadir yang sukar didapati di pasaran, pengobses buku sanggup membayar berapa saja harga yang ditawar. Harga tolak tepi. Lihat buku terjamahan kitab injil The Bay Psalm Book yang boleh terjual sehingga AS$14.2 juta (RM45.44 juta) . Hilang akal dibuatnya.
Itu tak pelik mana. Kita tengok pula kisah John Stewart yang awal-awal lagi dah berpesan supaya buku-bukunya dikuburkan bersamanya selepas dia meninggal kelak.Kerana dia tak nak bukunya jatuh ke tangan orang lain ? Itu dia seorang saja yang tahu.
Jangan kerana buku, kita hidup diselubungi misteri.
------------------------
Shafizu
Online Book Dealer
Jumaat, 16 Mei 2014
7 Tabiat Buruk Melayan Buku
Salam 1 Malaysia buat semua.
Ramai orang minat membaca. Tapi tak ramai yang minat kumpul buku. Buku yang dibaca mungkin pinjam dari kawan-kawan, pinjam di perpustakaan, ataupun baca terus di komputer bersumberkan maklumat dari internet. Oklah. Janji minat membaca ada.
Kerana buku atau apa saja bahan yang dibaca percuma, jadi jarang yang ada rasa tanggungjawab untuk jaga betul-betul buku yang dibaca. Ibarat kata jaga anak orang tak sama dengan jaga anak sendiri. Ye tak. tapi tak semualah. Segelintir. Kerana acuh tak acuh dengan keselamatan buku, diorang tak kisah sama ada buku di tangan mereka terjaga rapi atau tidak. Alah. Bukan aku punya.... Getus hati sendiri.
Getusan hati inilah jadi sebab buku bagai dianaktirikan. Kadang-kadang buku didera secukup rasa.
Jadi, mari kita tenguk layanan "kejam" kita - kadang-kadang - kepada susuk bernama buku.
1. Buku diconteng-conteng.
Sedang ralit membaca, jika kita terjumpa ayat-ayat power, mulalah gatal tangan kita nak coret apa-apa. Kalau catitan untuk rujukan semula oklah. Ini kadang-kadang conteng apa-apa ntah.Naik berbiol otak kita nak faham.
2. Helaian buku dilipat-lipat.
Jarang ada yang habis baca buku sekali hadap. Terpaksa tangguh sekejap atas apa-apa sebab. Jadi, muka surat terakhir dibaca akan dilipat-lipat. Senang singgah semula tanpa tersesat. Termasuk juga yang ketika membaca suka melipat-lipat. Barangkali dah jadi tabiat. Tanpa sedar, buku sudah jadi cacat.
3. Kulit depan buku terlipat-lipat.
Ini yang jenis baca suka main letak-letak. Letak pula main cara sembrono. Buku yang belum stabil "terbaring" akan jadi terlipat kulit depan. Automatik nilai buku (kepada seorang penjual) jatuh hingga 40%.
4. Helaian buku tercerai berai.
Ini yang jenis suka membaca cara ganas. Tak ada tatasusila orang kata. Mungkin juga kerana terlampau ghairah dengan cerita hingga rasa tak sabar nak khatam cepat-cepat. akibatnya, buku "ditelanjangi" secara paksa.
5. Buku dikibas-kibas.
Ini saya paling marah. Kerana panas punya pasal, buku jadi mangsa. Sang kipas pula paling gembira bila ada orang ambil tugasnya. Lama-lama buku jadi berkedut tanpa disangka.
6. Buku diletak merata-rata.
Di mana dia hadap buku, di situlah buku tersebut tersadar. Dia tidak kira buku tu "terbaring" di muka pintu ke, di beranda dapur ker, di tangga depan rumah ker, apa peduli. Janji tangan dia dah tak kebas kelek buku lama-lama. Sabarlah.
7. Buku diduduk-duduk.
Pernah jumpa ker. Kalau surat khabar tu biasalah ada orang duduk-duduk. Buat lampik punggung. Tapi kalau buku rasanya tak pernah pulak saya jumpa. Tapi kalau saya jumpalah, nak juga saya doa biar punggung dia naik bisul cepat-cepat. Memang tidak ada hati perut langsung.
Adakah kita salah seorang dari kategori di atas. Harap-harap tidaklah. Jagalah buku seperti kita jaga anak kita sendiri. Anak yang kadang-kdang kita rasa leceh saat dijaga semasa kecil, tapi hasilnya kita juga bahagia bila anak kita dah besar dan jadi orang berguna kelak. Begitulah juga anak bernama "buku".

Jumaat, 9 Mei 2014
Kisahku Si Penggila Buku
Salam sejahtera buat semua.
Saya memang penggila buku. Tapi belum sampai ke tahap kronik. Bukan ketagih hingga dilabel bibliomania kerana saya juga ulat buku. Juga bukan seorang bibliofil walaupun buku yang dibeli saya buat koleksi. Tapi tak sampai menimbun bergunung-gunung yang selayaknya kepada seorang bibliofil. Mungkin adik sikit kepada bibliofil. Tapi tak juga. Sebab buku koleksi saya cuma ada beberapa ketul jer. Kiranya taraf bayi sikit kepada bibliofil gamaknya. Hehehe.....
Saya masih terfikir saat bila masa saya jadi penggila buku. Bukan setakat ulat buku, bahkan banyak juga buku saya buat koleksi. Mungkin kerana saraf membaca dalam diri saya mengalir tanpa terjangka. Hari-hari mau baca. Takpun kalau seminggu tak baca apa-apa, rasa macam dunia saya sepi.
Kerana itu, kemana-mana saya mengheret kaki, buku jadi teman setia. Balik kampung, buku juga jadi teman pengiring. Bahkan ke pejabat pos pun saya kelek buku sama. Teman berbual saya sambil menunggu giliran dipanggil. Begitu setianya saya dengan teman bernama buku.
Majalah Misteri
Dulu, masih ingat sebelum saya terjerumus ke "lembah pembukuan", saya minat sangat baca cerita-cerita misteri. Lalu, pantang terlihat majalah misteri di mana-mana, terus saya rembat. Bukan pau ma, saya kasi duit sama abang penjual buku. Di pasar malam Pantai Dalam , KL tak miss saya beli setiap minggu majalah misteri seperti Popular Misteri, Mastika, Kisah Benar dan beberapa majalah lagi. 1 buah RM2. Ambil 3 buah cuma RM5 sahaja. Murahlah tu. Walaupun majalah bulan-bulan lepas cuma, tapi kalau beli sebuah-sebuah harga asal mau dekat RM12 juga.
Itulah asalnya cinta saya berputik kepada buku. Daripada buku bercorak misteri, minat saya makin menggebu asal saja lihat ada buku murah. Lalu, koleksi saya makin bertambah-tambah. Dari majalah cuma, minat saya tergetus untuk turut kumpul buku bergrene politik, agama, motivasi, bisnes, penulisan, dan bibliografi.
Buku-buku ni, saya buru masa ada jualan murah. Jimat sikit bajet. Biasanya tempat wajib saya kunjungi adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PWTC, Jualan gudang Karangkraf, Jualan Gudang Dawama, Jualan Gudang Utusan termasuk juga mana-mana kedai buku terpakai yang saya jumpa.
Dan kini, walaupun buku saya tak lah banyak sangat, seciput jer, tapi itu sudah cukup mengujakan diri saya. Rasa bahagia dan seronok bila kepulangan kita disambut "senyum manis" teman mesra bernama buku yang tetap setia dengan kita sampai bila-bila.
Terima kasih bukuku. Bukuku adalah kubuku.
Saya memang penggila buku. Tapi belum sampai ke tahap kronik. Bukan ketagih hingga dilabel bibliomania kerana saya juga ulat buku. Juga bukan seorang bibliofil walaupun buku yang dibeli saya buat koleksi. Tapi tak sampai menimbun bergunung-gunung yang selayaknya kepada seorang bibliofil. Mungkin adik sikit kepada bibliofil. Tapi tak juga. Sebab buku koleksi saya cuma ada beberapa ketul jer. Kiranya taraf bayi sikit kepada bibliofil gamaknya. Hehehe.....
Kerana itu, kemana-mana saya mengheret kaki, buku jadi teman setia. Balik kampung, buku juga jadi teman pengiring. Bahkan ke pejabat pos pun saya kelek buku sama. Teman berbual saya sambil menunggu giliran dipanggil. Begitu setianya saya dengan teman bernama buku.
Majalah Misteri
Dulu, masih ingat sebelum saya terjerumus ke "lembah pembukuan", saya minat sangat baca cerita-cerita misteri. Lalu, pantang terlihat majalah misteri di mana-mana, terus saya rembat. Bukan pau ma, saya kasi duit sama abang penjual buku. Di pasar malam Pantai Dalam , KL tak miss saya beli setiap minggu majalah misteri seperti Popular Misteri, Mastika, Kisah Benar dan beberapa majalah lagi. 1 buah RM2. Ambil 3 buah cuma RM5 sahaja. Murahlah tu. Walaupun majalah bulan-bulan lepas cuma, tapi kalau beli sebuah-sebuah harga asal mau dekat RM12 juga.
![]() |
| Variasari Lama - Tahun 80 - 90-an |
Itulah asalnya cinta saya berputik kepada buku. Daripada buku bercorak misteri, minat saya makin menggebu asal saja lihat ada buku murah. Lalu, koleksi saya makin bertambah-tambah. Dari majalah cuma, minat saya tergetus untuk turut kumpul buku bergrene politik, agama, motivasi, bisnes, penulisan, dan bibliografi.
Buku-buku ni, saya buru masa ada jualan murah. Jimat sikit bajet. Biasanya tempat wajib saya kunjungi adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PWTC, Jualan gudang Karangkraf, Jualan Gudang Dawama, Jualan Gudang Utusan termasuk juga mana-mana kedai buku terpakai yang saya jumpa.
Dan kini, walaupun buku saya tak lah banyak sangat, seciput jer, tapi itu sudah cukup mengujakan diri saya. Rasa bahagia dan seronok bila kepulangan kita disambut "senyum manis" teman mesra bernama buku yang tetap setia dengan kita sampai bila-bila.
Terima kasih bukuku. Bukuku adalah kubuku.
------------------------
Shafizu
Online Book Dealer
Langgan:
Catatan (Atom)