Memaparkan catatan dengan label Relaks Minda. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Relaks Minda. Papar semua catatan

Selasa, 27 Mei 2014

RMI - Papa Mula Angguk-Angguk Kepala. Tetapi?

Edisi : Relaks Minda


Dulu papa geleng kepala saja. Ditanya mahu apa, semuanya digeleng. 
Kini tidak lagi. Papa mula angguk-angguk kepala.

Papa mahu Ribena, Horlick?
Angguk kepala.

Papa mahu patin sangkar masak lemak, kambing bakar celup tepung?
Angguk kepala.

Papa mahu tengok Miss Malaysia, Grammy Award?
Angguk kepala.

Papa mahu bersiar-siar di Sydney, mandi manda di Bali?
Angguk kepala.

Papa mahu main golf, snuker?
Angguk kepala.

Papa mahu berkeliling kota dengan Mercedes terbaru?
Angguk kepala.

Papa mahu melabur dalam saham Genting?
Angguk kepala.

Papa mahu bergoyang dangdut di kelab erotis?
Angguk kepala.

Papa mahu belaian manja China Dolls?
Angguk kepala.


Papa, dulu
 geleng kepala aja. Kini semua diangguk pula. Apa ni papa. 70 tahun tidak cukup itu semua!

70 tahun belum cukup tua nak. Hidup hanya sekali. Jangan lepaskan peluang untuk bergembira. Jika papa sudah terlalu tua, papa akan ingat Allah juga. Kan tuhan itu maha pengampun.

Papa???

------------------
Di saat insan lain telah menemui yang maha pencipta, bersyukurlah kita masih lagi diberikan peluang untuk bertaubat dan beribadat kepada-Nya sementara nyawa masih membalut badan.
Mana
 janji papa?



 --------------------------
Shafizu
Online Book Dealer

Khamis, 22 Mei 2014

RM - Siapa Bodoh Sila Berdiri

Edisi : Relaks Minda

Kisah dalam sebuah kelas.

Seorang pensyarah yang suka berlagak meminta semua pelajarnya bangun. Dia fikir kalau dia bersyarah sambil duduk-duduk, pelajarnya lebih minat mengelamun. Dia cuba tukar teknik belajar. Berkuliah sambil berdiri.

Selesai berkuliah, dia tanya seorang pelajarnya. Tiba-tiba dia hangin dengan pelajarnya itu.

"Apa ni. Tergagap-gagap menjawab. Bodoh! Itulah asyik mengelamun. Duduk pun mengelamun. Berdiri pun mengelamun. Apa nak jadi kamu ni!!" bentak sang pensyarah dengan muka merah menyala.

"Baik, semua duduk. Saya nak minta sesiapa yang rasa masih bodoh dan bengap sila berdiri. Berdiri"! laungnya kuat-kuat.

Suasana hening seketika. Tiba-tiba di hujung penjuru kelas, seorang pelajat berdiri.

"Jadi, kamu yakin betullah kamu masih lagi bodoh, bengap???"

"Ek.Ek... Bukan begitu prof. Saya cuma tidak sampai hati tengok prof. berdiri seorang diri."


------------------
** Moral : Adakalanya seorang yang suka berlagak tidak perlu diajar dengan cara yang begitu bijak.
 



------------------------
Shafizu
Online Book Dealer

Isnin, 19 Mei 2014

RM - Kenapa Papa Geleng Kepala!

Edisi : Relaks Minda 


Papa tak nak makan chiken chop, kuih semperit, sup gear box?
Geleng kepala.

Papa tak nak makan limau barli, durian gred D7?
Geleng kepala.

Papa tak nak minum air kelapa dara, air mangga gelas besar?
Geleng kepala.

Papa tak nak tengok filem Hantu Mak Limah Balik Kampung yang tengah meletup?
Geleng kepala.

Papa tak nak pergi melancong mandi manda di Pulai Hawaii?
Geleng kepala.

Papa tak nak main golf sambil jabat tangan dengan Tiger Wood?
Geleng kepala.

Papa tak nak bersiar-siar dengan kereta Ferrari terbaru?
Geleng kepala.

Papa tak nak melabur dalam projek ikan keli yang untung juta-juta?
Geleng kepala.

Papa tak nak buka cawangan baru?
Geleng kepala.

Habis apa yang papa mahu (ketika sakit teruk)?
Papa tidak mahu apa-apa. Papa mahu biarlah Allah kembalikan nyawa papa walau sekejap cuma untuk papa tebus segunung dosa-dosa papa dan bersujud kepada pencipta papa.

Habis 70 tahun papa hidup tidak cukup?
??????
 
------------------

Peluang hidup hanya sekali. Dunia hanya persinggahan. Yang kekal abadi adalah alam di sana. Sediakan bekal yang secukupnya sebelum dipanggil mengadap-Nya.

" Usah gundah dirimu jauh dari pandangan manusia yang hanya sementara asalkan hatimu bahagia dalam kemulian tuhanmu yang kekal abadi"

Sabtu, 17 Mei 2014

RM - Mat Said Oh Mat Said !

Edisi : Relaks Minda


Atas perjanjian yang disepakati bersama,
Mat said terpaksa letak jawatan tanpa rela,
Namun seperti yang tak dijangka,
Namun riaknya telah diduga,
Mat Said turut keluar UMNO tiba-tiba,
Tanpa angin tanpa ribut yang melanda,
Didorong hati yang penuh kecewa,
Majlis kahwin anaknya PM tak pandang sebelah mata,
Seolah-olah Mat Said sudah tiada harga.

Dalam isu panas yang belum reda,
Tak sampai 48 jam rakyat masih terpinga,
Mat Said isytihar masuk UMNO semula,
Katanya untuk kebaikan agama dan negara,
Sedang oportunis melopong ternganga,
Melihat jerat yang dipasang tidak mengena,
Harap sangat isu Mat Said buat UMNO huru-hara,
Sebaliknya “dikencing” Mat Said buta-buta.

PAS Terengganu saya boleh puji,
Isu Mat Said diorang tak campur sekali,
Sekadar dari jauh tukang perhati,
Almaklum Mat Said MB penuh strategi,
Nampak cool tapi time garang garang sengoti ,
Dengan FAM pun dia hadap seorang diri,
Sebab tu semua lawannya menikus lari.

Ramai orang kata Mat Said kena bala,
Walaupun jadi hero kerana roti Gardenia,
Dan banyak lagi jasa yang dia cipta,
Tapi tak boleh cover dosa lain yang orang tak boleh lupa,
Sekat pembangunan kawasan orang tak sokong dia,
Duit membazir habis tabur merata,
Paling teruk sodok Masjid Bujal sampai ranap semua,
Fikir-fikir angkuh sangat pun tuhan murka.

Mat Said oh Mat Said.
Sinetron menarik 2014 pakat tonton semua.


Shafizu,
Gombak, KL  

Ahad, 11 Mei 2014

RM - Al-Kisah Bukuku

Edisi : Relaks Minda


Al-Kisah Bukuku

Itu bukuku,
Juga kubuku,
Berkulit biru,
Tebal beribu, 
Terbaring kaku, 
Dalam dingin beku,
Kekal terpaku,
Diam seribu,
Setia menunggu,
Si ulat buku,
Untuk bukamu,
Agar hadam ilmu,
Di ruang mindaku.


Shafizu Ms
Gombak, KL 
10 Mei 2014


Khamis, 1 Mei 2014

RM - Bukuku

Edisi : Relaks Minda


Bukuku

Bukuku,
adalah kubuku,
Bila bukaku,
jadi kubuku.

Bila kubuku,
jadi bukuku, 
Kubukukan,
dalam kubuku.

Kubuku,
adalah bukuku.


Shafizu MS
Gombak KL 1/5/2014

Ahad, 27 April 2014

RM - Manusia Yang Keliru

Edisi : Relaks Minda


Manusia Yang Keliru


Manusia yang keliru,
Muncul di segenap penjuru,
1, 2, 3 hingga beribu,
Berbondong-bondong bersesak bagai kelkatu,
Yang terbang berlabuh di pepohon semalu.

Manusia yang keliru,
Jiwanya penuh menggerutu,
Buntu, pilu, keliru,
Bersarang di pinggiran kalbu,
Meronta-ronta mencari ruang waktu,
Menunjal kalbu memohon ilham menyerbu.

Manusia yang keliru,
Berpesta di Lorong Haji Taib 1,
Berderet-deret berceratuk di sirami neon lampu,
Dari jauh bagai gadis pemalu,
Bila di dekat, auuuuuuwwwwwwww,
Dengan suara macam jantan gitu,

Helooo bang! I tulen taaaaauu!
Kat halkum tu mana nak tipu,
Pakaian Allah saja yang tahu,
Terselak sana terselak situ,
Bodinya memang menggebu-gebu,
Lentik dan gediknya mencairkan nafsu,
Pemuas syahwat si jantan hantu.

Manusia yang keliru,
Berlengkar malas di jejambat Pudu,
Hilai tawa bagaikan bersatu,
Kepala lentuk penangan candu,
Tubuh longlai bermata kuyu,
Bersusul lagu dipalit pilu,
Sedih, pilu, sayu,
Diri renyai dimamah nafsu,
Bila ditegur, mata terjojol bagai jembalang tercabut bulu,
Marah giler konon la tu,
Sambil menyeru,
Ini duniaku,
Apa lu lu mau ganggu,
Ada gua kacau sama lu,
Kalau tak nak makan nasi ikut dagu,
Baik lu blah dulu,
Gua pernah telan orang lu tak tau,
Oiii! pergilah lu apa tunggu,
Gua mau lentuk dulu!

Manusia yang keliru,
Bersesak-sesak pula di kedai ekor berpintu satu,
Dihasut dajal bermata satu,
Sekali tikam, duit menyerbu bagai peluru,
Modal kecil, untung beribu,
Walhal dia buat-buat tak tahu,
Anak isteri di rumah bersyahdu pilu,
Makan nasi berlauk budu,
Harapkan ayahnya mampus buat dek gitu.

Manusia yang keliru,
Tak cukup itu,
Bomoh putar alam pula dituju,
Kononnya ditarik duit dapat beribu,
Manusia yang keliru pun khayal jadi orang kaya baru,
Biar orang kampung tahu siapa aku,
Biar mereka berebut buat aku jadi menantu,
Menantu yang keliru.

Manusia yang keliru,
Berlegar-legar di dataran merdeka di malam minggu,
Berpasang-pasang erat bagaikan irama dan lagu,
Berkepit rapat atas kapcai biru,
Sampai angin tak muat nak lalu,
Sambil dipulasnya minyak menderu-deru,
Sakit telinga bagai dicucuk batu,
Saling mencabar antara kau dan aku,
Siapa paling layak ditabal hero baru,
Hadiahnya minah rempit berbadan gebu,
Diratah sama gerombolan jantan keliru,
Lepas satu,satu,
Tak cukup itu,
Diminta member rakam aksi tak berbaju,
Kononnya pelakon hebat di alaf baru,
Apa peduli apa yang berlaku,
Janji umpan terhidang direntap dulu,
Sebelum masing-masing mengganas di jalan berbatu.

Manusia yang keliru,
Berasmaradana di segenap penjuru,
Di dalam semak di celah batu,
Si lelaki jiwang memasang ayat memujuk rayu,

I lap u,

U lap me too,
Sayang! kita terbang ke awan biru,
memetik gugusan bintang beribu-ribu,
Menyemai janji membelai rindu,
Lautan api sanggup dilalui,
Harimau belang sanggup diadu,
Badai thunami sanggup ditunggui,
Biar abang mati dulu,
Asalkan ayang selamat selalu,
Sambil tangan menggaru-garu,
Bagaikan tahu ke mana hendak ditujui,
Akhirnya badan dua bercantum satu,
Si gadis lemas terkulai layu,

Bersaksikan rimbunan buluh semambu,
Nikmat seminit menyesal bertalu-talu,
9 bulan mengusung perut berat membatu,
Lahirlah si kecil malang tak berayah tapi beribu,
Di buang ke longkang di celah kayu,
Dalam semak atas batu,
Bila di tanya tiada sapa mengaku,
Pandai buat bela tak tau,
Anak sapa la tu,
Sedangkan syaitan ketawa lihat anak adam keliru.

Begitulah selalu,
Pada manusia yang keliru,
Tak tau pilih mana yang satu,
Pahala ditinggal dosa dikejar dulu,
Sedangkan azab pedih bakal menunggu,
Saat dipanggil yang maha berkuasa atas segala sesuatu,
Yaitu ALLAH yang maha satu.

Shafizu 
Gombak 24/4/2014