Memaparkan catatan dengan label Rencah Hidup. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rencah Hidup. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Februari 2015

Memburu Buku Antik di Pasar Karat Taiping

Salam sejahtera buat semua.

Minggu lepas member ajak turun niaga di Kemunting, Perak. Kat sana  ada pasar pagi setiap hujung minggu sabtu dan ahad. Pasar pagi tu sebelah hentian bas Kemunting. Yang menariknya pasar pagi ni tak sama macam pasar pagi kat tempat-tempat lain. Kalau pasar pagi biasanya  jual barang baru ataupun barang terpakai. Tapi yang kat Kemunting ni bukan saja jual barang baru tapi diaorang ada juga jual barang-barang lama. Barang-barang antik. Macam-macam barang ada. Diaorang jual lambak macam pasar karat kat KL, kat Loken Ipohlah.    





Saya pergi dengan member 4 orang. Naik satu kereta. Singgah tidur rumah member kat Kuala Kangsar malam Sabtu. Pagi Sabtu terus bertolak ke Kamunting. Dekat 45 minit jugaklah.

Sampai sana lokasi wajib kena usha dulu tentulah abang penjual buku terpakai. Dia sorang jual buku kat situ. Kira dia sapu bersihlah sorang-sorang. Tak ada persaingan. Masyuk. Hahaha.... Yang bantu dia adalah beberapa orang, termasuk isteri dia barangkali.  Dia nak bukak sorang-sorang tak laratlah. 2 3 meja dia bukak. Buku bertimbun-timbun. Nasib baik abang ni guna van. Luas sikit ruang nak sumbat buku. Kalau kereta mahu tak overdose.







Semua buku dia jual buku terpakai. Majalah-majalah lama pun banyak juga dia jual. Buku-buku antik pun ada. Harga tak payah cakaplah. kalau buku tahun 70-an semua harga mencecah 40 ringgit ke atas. Tapi logiklah harga tu. 45 tahun dah usia buku tu. Memang dah boleh masuk usia emas.

Variasari Lama

"Banyak majalah Variasari bang. Berapa harga ni,?" tegur saya sambil tangan membelek beberapa buah Varisari yang berkenan di mata.

" Murah jer. RM?  je. Ambil banyaklah. Kan abis orang ambil,"  jawab abang tu sambil senyum lebar.

Masyuk!!!! senyum ada makna tu.




Saya ambil semua. Habil licin tak tinggal bekas. Ada dalam 60 buah juga. Melayang RM? pagi tu angkara Variasari.

 Belek punya belek buku tiba-tiba mata terpaku tengok beberapa buku lama. tahun 70-an. Asalnya saya tak minat kumpul buku lama tapi tiba-tiba pagi itu rasa macam roh buku lama meresap. Jiwa menggelegak bagai digeletek untuk dapatkan juga buku tu. Cek dompet nasib baik ada lagi baki bersisa. Selamat.




"Berapa abang boleh bagi buku ni bang,?" 

Abang tu mencapai beberapa buah buku lama yang saya hulur. Dia tercongak-congak fikir harga yang sesuai.

"Bagi RM80 jer." 

"Kurang sikitlah bang. ambil banyak ni," pujuk saya minta simpati sambil menunjuk majalah Variasari yang telah saya beli.

"Kurang sangat tak boleh lah bang. Ni buku lama. Susah dah nak dapat ni. Ni pun saya kira jual murah-murah jer. Tak apalah. Bagi RM65 kat abang. Tu kira last harga saya boleh bagi," terang abang tu sambil matanya menikam tepat anak mata saya meminta saya dapat setuju harga yang dia bagi.

"Ok-oklah."

Akhirnya saya sambar juga buku ni. Tak sangka minat buku lama berputik di Kemunting. Habis lagi dalam RM70 duit saya. Tak apalah. Buku antik ni bukan senang nak dapat. Lagi lama simpan lagi bernilai. Tak rugi. 

Laksamana Tun Tuah.

Buku Laksamana Tun Tuah ni saya cukup minat. Rare sangat. Tahun 1954. Dah 60 tahun usia. Kalau manusia dah ada anak cucu berdozen. Kalan ada sapa-apa nak beli pun kirim salamlah. Langkah mayat saya dulu. Hehehe......




 Pasar pagi Kamunting ni luas jugaklah. Tapi saya tak sempat nak pusing habis. Sibuk tolong member meniaga. Lagipun pukul 11.30 kitaorang dah berkemas untuk pulang. Tak tahan panas.

Nanti saya turun Pasar Karat Loken, Ipoh saya cerita lagak penjual buku-buku kat sana. Tentu lagi menarik kan.

Selasa, 27 Januari 2015

RH - Kelentong Jer Lebih!

Edisi : Rencah Hidup 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.


Berniaga kena jujur. Tak boleh la nak menipu atau ada unsur-unsur nak kelentong. Rezeki jadi tak berkat. Panas. Lama-lama jiwa kacau jadinya.

2 jenis menipu dalam berniaga. Satu;  menipu jelas atau tipu atas darat kering kata orang kelantan. Boleh tengok. Boleh ukur. Satu lagi cakapnya macam boleh percaya tapi disebaliknya ada unsur-unsur kelentong terhormat. Nampak macam jujur tapi ada maksud tersirat. Supaya pelanggan tergoda dan beli cepat-cepat.
 

Menipu atas darat kering tu tak payah cerita. Budak sekolah pun tahu. Macam beli buah sekilo tapi berat buah tu tak sampai pulak sekilo. Ada juga letak buah baik kat atas  buah   rosak kat   bawah. Bab barang elektronik macam radio pula, kata semua ok. Tapi balik rumah sound start buat hal. Itu jelas nak pedajal pelanggan.

Yang ramai orang tak sedar unsur ala-ala kelentong masa berniaga. Macam mana?

1. Harga balik modal je bang!
"Tolonglah bang. Harga saya bagi ni cukup-cukup balik modal jer. Tak untung pun."
Padahal jual RM100 dah untung lebih separuh.
 

2. Harga special untuk abang!
"Harga ni saya bagi untuk abang jer. Orang lain saya tak jual harga ni. Betul bang."
Padahal dah berbelas orang beli harga lebih murah dari pelanggan tu.

3. Ni barang last stock bang!
"Ni saya nak kasi clear bang. Last stock. Habis yang ini dah tak ada dah."
Padahal berkotak-kotak lagi simpan kat stor.

4. Saya beli harga RM100 ni bang!
"Mahal ni bang. Saya pun beli harga dekat-dekat RM100. Jual RM130 untung sikit-sikit pun jadilah."
Padahal dekat kedai borong beli harga RM20 borong banyak-banyak.

5. Ori ni bang!
"Ori ni bang. Bukan made in China. Pakai puashati."
Padahal cina punya brand. Takpun penjual sendiri tak tahu ori ke tak. Main sembur jer. Janji pelanggan sambar cepat.

6. Ada orang nak ambil lagi mahal ni bang!
"Betul bang! Ada orang nak beli RM100 ni tadi.Tapi saya tahan harga."
Padahal tak ada orang tawarpun.


Sepanjang saya berniaga kecil-kecilan, inilah kata-kata yang sering keluar dari mulut sesetengah peniaga. Tujuannya cuma satu. Biar pelanggan tergoda dan beli. Jangan tak beli. Caranya, cuba memanipulasi pemikiran pelanggan supaya terlihat penjual tu jujur dan produknya yang terbaik.

Berdosa ke tak berdosa? Penjual tu sendiri tahu hukum jika apa yang dia kata tu betul ke tak betul sebenarnya.
 

Nak bagi laku barang boleh. Itulah pun sebenar tujuan menjual. Tapi, biarlah dengan cara yang betul.  Cakap jangan main pusing-pusing.  Pelanggan tak tahu tapi Allah tahu. Kan rezeki dari Allah. Allah redha lagi banyak rezeki dia bagi. Kenapa tak yakin?

Jumaat, 16 Mei 2014

RH - Nak Main... 50..40.. 30!

Edisi : Rencah Hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat.

Dalam seminggu, ada dua tiga kali saya ke Chow Kit, KL. Bukan apa. Saya ke sana untuk dapatkan stok barang jualan di Plaza GM, pusat borong terbesar di Malaysia. Kat sana macam-macam barang ada. Rambang mata dibuatnya. Janji bajet tebal ajer.  

Tapi yang tak syoknya, sepanjang lorong menghala ke Plaza GM, mata kita  boleh terjuling dibuatnya. Kiri kanan sepanjang Lorong Haji Taib bersidai “ayam-ayam mentah” separuh togel yang bersedia diratah. Paling ramai mak nyah. Gediknya ya allah naik berpinar biji mata. Geng-geng saya selalu perli “ori ke bang”.

Melihat panorama Chow Kit, teringat saya satu kisah kira-kira 3 tahun lepas.   

Petang tersebut, selepas saya membeli barangan mainan kanak-kanak di sebuah kedai barangan am di Jalan Raja Laut, KL datanglah seorang wanita. Dia hampiri saya yang ketika itu baru hendak hidupkan suis motosikal. Orangnya simple dan bertubuh sedikit gempal. Saya agak dalam umur lingkungan 40-an. Berbaju t-sirt koko agak longgar dan berseluar jean kelabu panjang. Agak sopan dan memang tidak seksi pun. Wanita Melayu katakan.

Ketika hampiri saya, dia tiba-tiba ucapkan perkataan yang boleh meluruhkan jantung saya. Iman saya sedikit goncang dan bergegar hebat.

"Nak main." Dia pelawa saya. Matanya terkesan semacam gersang.

Saya senyum.

"Berapa?". Soal saya sengaja mencungkil reaksinya.

"50!" Saya geleng kepala. Riak hampa jelas terpalit di wajahnya.

"40 ... 30..." Dia cuba lagi pancing saya. Siap dengan harga kilang tu.

"Tak ada duit," balas saya bersahaja cuba beralasan. Bukan kerana tiada duit tapi saya masih ingat dosa pahala. Tak pun malu alah dengan tasbih yang saya usung merata-rata dalam usaha menepis segala noda yang terpalit di segenap ceruk perut bandaraya KL. (Cewah macam lah alim sangat. Huhuhu...)

Kecewa dengan jawapan saya, dia bergegas melintas jalan. Dijumpainya seorang pak cik yang berada berhampiran lampu isyarat, menunggu hendak melintas jalan. Mungkin tawaran sama kepada pakcik tu sampai pakcik tu merenung tajam ke arahnya dan mengeleng-ngeleng kepala. Mungkin terkejut kot.

Huh!. Dunia nak kiamat agaknya.